Showing posts with label Feqah/Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Feqah/Ibadah. Show all posts

Tuesday, October 30, 2018

Solat Dhuha Murahkan Rezeki dan Menolak Kepapaan

6 August 2011

Solat Sunat Dhuha 

Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Muhammad saw menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:
1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur

Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di  lautan.

Hadis ketiga:  Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masuk ke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkan solat sunat dhuha dalam hidup kita seharian.

Solat sunat dhuha itu dilakukan dgn 2 rakaat mcm solat sunat yg lain.  Waktu nya selepas waktu syuruk dari 7.30 hingga 11.00pg.

Cara solat dhuha:
1.Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Assham dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah Addhuha.
2. Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Addhuha dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah al ikhlas
3. Yang terbaik selepas fatihah rakaat pertama baca ayat kursi 10x dan pada rakaat kedua selepas fatihah baca surah alikhlas 10x juga.

Harapan semoga selepas ini kita semua akan mengamalkan solat sunat dhuha pada setiap hari insyaAllah, tak boleh setiap hari dapat seminggu sekali, tk dapat seminggu sekali, sebulan sekali, tk boleh sebulan sekali setahun sekali tak dapt setahun sekali seumur hidup sekali pun jadilah…

Wassalam

Makna Surah Al-Fatihah dan Kelebihannya (22 July 2011)

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Ar-rahmâni r-rahîm
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Mâliki yawmi d-dîn
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"

صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim
ghayri l-maghdhûbi `alayhim
wala dh-dhâllîn
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"

Kelebihan Membaca dan Mengamalkan Surah Al-Fatihah

1.Dalam hadith yang lain bahawa pernah jibrail a.s sedang duduk berdekatan Rasulullah SAW apabila tiba-tiba, ia mendengar dari atas, iaitu dari langit, satu suara yang benda pecah. Hazrat jibrail a.s berkata “malaikat tertentu telah turun dari langit yang tidak pernah turun sebelumnya hari ini”. Malaikat ini memberi salam dan berkata “ Wahai Rasulullah SAW semoga tuan diberkati. Tuan telah dianugerahkandengan dua cahaya yang tidak pernah diberikan kepada seornag Nabi pun sebelum ini. Satu ialah Fatihatul Kitab dan yang kedua ialah dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah. Apa sahaja huruf yang tuan baca daripadanya kan diberi ganjaran.”

2.Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur,
diikuti membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, surah
Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman
tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.

3. Bacalah 40 kali
surah ini selepas solat Maghrib dab sunatnya untuk
memohon sesuatu yang baik kepada Allah swt, InsyaAllah
hajatnya akan termakbul.

4.Surah al-fatihah jika dibaca 41x pada segelas air dan diminum, diusap pada muka, tangan dan kaki orang yang mengidap demam panas, insyaallah akan segera sembuh

5.Baca dan diamalkan 7x selepas solat fardu, insyaallah orang yang mengamalnya dihindari dari segala kesusahan hidup.

6.Dibaca surah ini 41x selepas solat subuh, insyaallah akan mudah mendapat rezeki, hutang langsai dan akan disenangi orang apabila bertemu dengannya.

7.Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.

8.Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka ber­kata:
“Kami diberitahu bahawa saudara datang de­ngan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai”.
Dia menjawab, “Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.


Sama-sama la kita menghafal dan mengamalkan surah al-fatihah.


Murni Munirah Musa al-fatihah xD

Apa Nabi Muhammad s.a.w lihat ketika Israk dan Mikraj?

27 June 2011

Diperlihatkan seksaan wanita.


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih2. Wanita digantung dengan lidahnya serta juga tangannya,dipaut dari punggungnya sedangkan minyak yang sedang mendidih dari neraka dituangkan kedalam kerongkongnya

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya,sedangkan air getah kayu zakum dituangkan dikerongkongnya(perlu saya sebutkan bahawa dalam kisah neraka ada disebutkan dalam hadis hadis shahih bahawa air buah zakum kalau jatuh setitik keatas muka bumi ini,maka semua pokok dan rumput rampai tidak akan tumbuh)

4. Wanita yang digantung,diikat kedua kedua belah kakinya dan juga tangannya kearah ubun ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan bisa ular dan kala jengking dari neraka

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawah nya nampak api sedang marak menyala nyala dengan begitu hebat sekali

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka,wanita wanita yang tuli,bisu dan buta dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya yakni melalui hidung,telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit

7. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta juta kali jenis penyeksaannya

8.  Wanita yang baginda saw melihat yang berbentuk seperti anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulut lalu keluar melalui dubur



Kesimpulan

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya itu ialah kerana ia tidak memelihara rambutnya yakni tidak mahu bertudung dengan menutup aurat dihadapan lelaki

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia selalu sangat menyakiti hati suaminya dengan kata kata. (Nabi Muhammad S.A.W bersabda lagi yang ertinya tidak seorang wanita yang selalu menyakiti hati suaminya melalui kata kata kecuali allah swt akan membuatkan mulutnya pada hari kiamat selebar 70 zira' ,kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya sendiri)

3. Wanita itu menyusu anak orang lain tanpa keizinan suaminya

4. Wanita yang diikat kedua dua belah kakinya dan tangannya pula sampai keubun ubun nya dan dibelit pula oleh ular dan kala jengking, wanita itu mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak mahu pula ber solat serta tidak mahu pula mandi wajib. Wanita wanita tersebut juga suka sangat keluar rumah tanpa keizinan suaminya dan tidak mahu mandi wajib dari haid dan nifas mereka

5. Wanita yang memakan badannya sendiri, wanita wanita jenis ini suka sangat bersolek supaya dapat dilihat oleh lelaki supaya orang orang lelaki boleh tergoda dan suka bercakap mengenai keaiban orang lain

6. Wanita yang suka memotong badannya dengan gunting neraka, wanita wanita jenis ini terlalu suka sangat menonjolkan diri  supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang boleh tergoda atau jatuh cinta kepada nya kerana melihat perhiasannya

7. Wanita yang kepalanya seperti kepala babi,badannya seperti keldai, wanita itu terlalu suka sangat mengadu domba yakni melaga lagakan orang serta suka mungkir janji dan suka pula cakap bohong

8. Wanita yang baginda saw melihat yang berbentuk seperti anjing, wanita wanita itu suka sangat memfitnah fitnah orang dan suka sangat pula marah marah pada suaminya



sumber : Harian Metro (Variasi m/s 13) , Isnin, 27 Jun 2011.

Biasa dan Luar Biasa

12 June 2011

1. Sembahyang
Yang biasa:
Ramai dari kita yang sembahyang. Yang biasa, kita sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu.
Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.

Luar biasa:
Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum
azan, dia dah duduk di tikar sembahyang. Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .

2. Sedeqah
Biasa :
Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press,sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedeqah yang ikhlas akan dibalas oleh Allah.

Luarbiasa:
Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata,tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan Allah.

3. Berjaga malam
Biasa :
Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

Luarbiasa:
Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan
menghisab diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Allah, Pencipta kita. Memohon keampunan,
rahmat dan nikmat dari-Nya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.

4. Kerja
Biasa:
Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita,
tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah,tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Allah punya kuasa.

Luarbiasa:
dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Allah sehingga tersilap menggunakan. Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Allah. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Allah. Makin banyak nikmat yang kita nikmat dari-Nya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Allah .Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

12 Azab bagi mereka yang meninggalkan sembahyang..

5 June 2011

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.

Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.

Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.

Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.

Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.

Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.

Allah S.W.T sangat murka kepadanya.

Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.