Wednesday, October 31, 2018

Masalah


Apa yang saya lihat dalam fb ni,ramai orang berlagak ulama tanpa mengetahui adab dan tertib untuk jadi ulama,terutamanya bila bertemu hal khilaf khilaf ni...Setiap masalah agama yang wujud dalam Islam,akan ada pelbagai khilaf kecuali perkara2 yang jelas2 disepakati seperti solat 5 waktu,puasa bulan ramadhan dan sebagainya,jadi adakah setiap khilaf tu tiada penyelesaiannya?adakah ulama biarkan je satu masalah tu ada banyak pendapat?jadi nak amal yang mana?adakah semua pendapat tu boleh diamalkan atau ada tertibnya?

ini lah pentingnya seorang ulama yang mempelajari ilmu secara disiplin terutamanya ilmu usul fiqh yang mana peranan mereka membawa qaul mufta bihi yang muktamad untuk penyelarasan dan untuk memudahkan semua,bukan main hentam je asal khilaf....setiap khilaf ada penyelesaiannya...

qaul mufta bih ialah dalam sesebuah masalah selalunya akan ada banyak aqwaal(pendapat)....jadi dalam setiap aqwaal tu akan ada ashabur rajih(ulama besar dalam mazhab yang mempunyai kelayakan untuk merajihkan/memenangkan sesuatu pendapat) yang meneliti setiap aqwaal beserta dalilnya dan melihat juga sokongan majoriti ulama terhadap setiap qaul itu serta kekuatan dalil ssuatu masalah tu,kmudian ashabur rajih tu akan rajihkan(menangkan) SATU qaul tu dan tetapkan ia sbg qaul mufta bih iaitu dalam banyak2 qaul tadi,akan ada satu qaul sahaja yg dipilih sebagai QAUL MUKTAMAD YANG DIJADIKAN FATWA DALAM MAZHAB....

kalau perkara khilaf tak diselesaikan dgn memfatwakan satu qaul sahaja,maka perkara agama akan jadi mainan oleh orang2 bodoh spti yg blaku sekarang...

bila ada orang tanya sesuatu masail,orang2 bajet pandai akan jawab "ala perkara ni khilaf,islam tu mudah,pilih je mana suka"...

sedangkan dalam memilih banyak aqwaal itu ada adab dan tertibnya,kita wajib utamakan qaul muktamad,dan kalau masail(masalah agama) ditanya,kita kena bagi qaul muktamad yang dijadikan fatwa,bukannya tunjuk pandai bagitau ini khilaf,imam ni imam tu,itu untuk ulama sahaja,bukan untuk orang awam,qaul2 lain tu dipelajari untuk amal sndiri2 dan difatwakan dalam keadaan darurat...ini semua kerja ulama yang layak,bukan kerja orang jahil!

sebab tu dalam kitab2 feqah yang kecil2 seperti matan abu syuja',matan safinatun najah,umdatus salik,matan zubad,matan tahrir tanqihul lubab,matan riyadhul badi'ah,muqaddimatul hadramiyyah dan lain2 hanya beri satu pendapat je iaitu pendapat yg paling rajih dan yg dijadikan ftwa,kalau ada bagi dua pendapat pun,penulis akan nyatakan bahawa itu bukan qaul fatwa...

bila buka kitab fiqh besar2 seperti i'anah tolibin,al-iqna',fathul mu'in,al-majmu' dan banyak lagi baru lah kita jumpa macam2 pendapat dalam mazhab....

jadi untuk orang awam(orang awam merujuk kepada makhluk yang tidak mempelajari 15 cabang ilmu agama secara disiplin ilmu yang betul secara bersanad hingga kepada rasulullah),cukuplah pelajari kitab fiqh kecik je untuk BELAJAR dan beramal...

untuk ulama(yang telah menguasai 15 cabang ilmu beserta sanadnya sampai kepada rasulullah) sahaja yang perlu pelajari banyak2 qaul dan pendapat dalam mazhab serta mazhab2 yg lain kerana kerja para ulama ialah MENGAJAR,jadi mereka perlu tahu perbahasan sepenuhnya...

jadi tolong lah,jangan jadikan perkara agama ni perkara murah untuk dibahaskan,know your level,kalau betul2 yakin akan sesuatu ilmu tu,baru sampaikan...hari ni dalam fb,dalam blog,penuh dengan artikel orang bajet pandai yang membawakan macam2 khilaf,dan dibaca pulak oleh orang awam yang jahil,lalu masing2 buat andaian sendiri tanpa mengetahui adab dan tertib menghadapi khilaf,last2 orang2 jahil tadi jadi ulama express,berbahas sana sini dalam fb,dan berlagak jadi ustaz ustazah bila orang tanya masalah agama,mereka tampil ke hadapan dengan membawa jawapan..."masalah ni khilaf..."....

ya allah,pemandangan yang sangat menyakitkan hati.....sedangkan kalau ditanya asas-asas ilmu nahu pun sepatah haram tak tahu,jadi kalau nahu tak tahu,macam mana mereka boleh tahu khilaf2 ulama yang hanya didapati dalam kitab2 besar?maka jelas lah disitu mereka belajar dari syaikh google dan guru2 yahudi yang lain....sanad mereka putus dan mereka tidak layak sama sekali bercakap apa2 tentang agama....

jadi nasihat untuk semua,tolong jangan dok berlagak ulama besar sembang bab khilaf bagi orang pening...cukup kita bagi pendapat muktamad dan amalkan....dengar dan taat...

wallahualam...

No comments:

Post a Comment