Friday, November 2, 2018

Hukum Muzik ( Qaul Muktamad )

Dalam Mazhab Syafie semua alatan muzik adalah haram kecual yang berketuk2 je macam rebana, gendangm duff dan sebagainya. Muktamad.

Sila bukak mana2 kitab Fiqh Syafie bab Buyu' (Jual Beli) dan kalian akan dapati bahawa alat muzik dikategorikan setaraf dengan arak dan babi. Yakni jual beli alat muzik adalah haram.

 Dalam kitab al-Ithaf ‘alal Ihya’ Ulumiddin Juz VI

ﻓﻲ ﺍﻹﺗﺤﺎﻑ ﻋﻠﻰ ﺍﻹﺣﻴﺎﺀ ﻣﺎ ﻧﺼﻪ : ﻓَﺒِﻬَﺬِﻩِ ﺍﻟْﻤَﻌَﺎﻧِﻰ ﻳَﺤْﺮُﻡُ ﺍﻟْﻤِﺰْﻣَﺎﺭُ ﺍﻟْﻌِﺮَﺍﻗِﻲُّ ﻭَﺍْﻷَﻭْﺗَﺎﺭُ ﻛُُﻠُّﻬَﺎ ﻛَﺎﻟْﻌُﻮْﺩِ
ﻭَﺍﻟْﻀَّﺒْﺢِ ﻭَﺍﻟْﺮَّﺑَّﺎﺏِ ﻭَﺍﻟْﺒَﺮِﻳْﻂِ ﻭَﻏَﻴْﺮِﻫَﺎ ﻭَﻣَﺎ ﻋَﺪَﺍ ﺫَﻟِﻚَ ﻓَﻠَﻴْﺲَ ﻓِﻲْ ﻣَﻌْﻨَﺎﻫَﺎ ﻛَﺸَﺎﻫِﻴْﻦِ ﺍﻟﺮُّﻋَﺎﺓِ ﻭَﺍﻟْﺤَﺠِﻴْﺞِ
ﻭَﺷَﺎﻫِﻴْﻦِ ﺍﻟﻄَّﺒَﺎﻟِﻴْﻦَ , ﺃﻫـ .


Dengan pengertian ini, maka HARAM – lah seruling Iraq dan seluruh peralatan musik yang menggunakan tali seperti al-‘ud, ak-dhabh, rabbab dan barith (nama-nama peralatan musik Arab yg menggunakan tali). Sedangkan yang selain itu maka tidak termasuk dalam pengertian yang diharamkan seperti (membunyikan suara menyerupai) burung elang yang dipergunakan para penggembala, jamaah haji, dan pemukul
gendang.

NOTE : Semua alat muzik yangg di maksudkan untuk hiburan adalah haram, tapi kalau bukan dimaksudkan untuk hiburan contohnya seperti bunyikan loceng untuk menandakan waktu kelas di sekolah bermula, bunyi2an pengembala kambing untuk takutkan serigala, dan nyanyian tanpa alat muzik adalah dibenarkan. Wallahualam.


Soalan: 

Salam ustaz. Maafkan ganngu. Nak minta penjelasan lebih lanjut tentang muzik. Terbaca ustaz komen pasal hukum muzik tapi kenapa bila dengar UAI selalu cakap muzik tak haram melainkan muzik yang melalaikan kita? Ke ada qaul lain ye? JazakAllah.

Jawapan:

Wsalam. Sebenarnya UAI tu tahu bahawa muzik ni haram, takde siapa cakap halal, takde qaul cakap halal. Dulu UAI banyak kali cakap muzik tu haram, tapi sejak dia dah femes, ramai artis dapat hidayat jadi baik, ramai la yang tanya kat dia apa hukum muzik. So dia takut artis2 ni semua down untuk berubah, dia pon korek2 la ada tak qaul yang kata harus. Last2 dia jumpa satu qaul dalam kitab Imam Ghazali yang kata harus. Tapi masalahnya, qaul yang kata harus tu bukannya untuk muzik yang ada pada zaman ni. Tapi ia harus untuk ahli2 makrifat je, bukan untuk orang awam, sebab oran awam macam mana pon akan lalai bila dengar muzik. Mana ada istilah "tak lalai" bila dengar muzik. Dengar muzik itu sendiri dah melalaikan. Keharaman muzik di sepakat oleh semua ulama Syafie kecual gendang2 ketuk2. Kalau mazhab Hanafi lagi lah ketat, semua jenis muzik haram. So fatwa yang UAI sebut tu untuk artis2 yang baru nak jinak2 dengan islam. Bukan untuk kita. Memang la tak boleh, tapi nak buat macam mana lagi?

Rasanya dalam banyak2 nasyid, Raihan je yang betul2 ikut syariat sebab diorang cuma guna kompang, rebana, kocak2 pasir tu. Tapi lagi Raihan yang lama la. Yang baru2 ni saya taktau la sebab ada muzik selain tu. Qasidah dan nasyid yang disertai kompang dan rebana macam habib2 buat tu jelas2 boleh sebab ia bukan muzik bertali dan bertiup seperti seruling. Yang nasyid pasal perempuan la, srikandi la, kawin2 la, cinta2 la macam Inteam, UNIC dan macam2 lagi yang promosikan benda2 melalaikan ni nampak jelas benda tu melanggar syariat.

Tapi Ulama moden ada juga yang cakap harus. Dia longgarkan sikit fatwa haram tu sebab dia sedar dunia ni dipenuhi orang munafik dan fasik. Kalau bagitau haram pun bukan ada siapa nak dengar fatwa tu. Mereka tetap akan mencari fatwa2 yang kata halal. Instead of ubah diri untuk tak dengar lagu, diorang cari dalil untuk halalkan muzik. So terpulang la masing2.

Nasyid yang muziknya guna gendang2 harus, kalau yang pakai gitar, seruling dan lain2 HARAM. Tak kira la dekatkan pada Allah ke tak. Haram tetap haram. Kalau kita kata halal, lepas ni akan ada makhluk bodoh yang nyanyi nasyid tapi tak pakai tudung, pastu cakap ia halal sebab yang penting mesej lagu tu mendekatkan kita pada Allah.

Jangan campur haq dan batil.
Saya ikut ulama silam je lebih selamat.

Jawapan lain:

Saya amat hormat pada UAI dan beliau di atas kepala saya junjung. Sebab tu saya raikan pendapat beliau yang mengatakan ada ulama akhir zaman hukumkan ia harus selagi tak lalai. Cuma saya lebih cenderung untuk mengabil fatwa dari ulama silam yang lebih dekat dengan zaman nabi. Sebab antara ulama silam dengan UAI, saya lebih muliakan ulama silam. Tapi tidak bermakna saya kurang ajar dengan UAI. Contohnya, jika saya ikut Mazhab Syafie, tidak bermakna saya benci Mazhab Hanafi. So saya tak terima fatwa UAI, tidak bermakna saya kurang ajar dengan beliau yang mulia. Semoga Allah melapangkan dada tuan.

Fatwa haram kepada semua jenis muizk kecuali beberapa alat muzik seperti duff, gendang dan kompang ni berlaku sejak zaman Nabi, para sahabat, zaman imam 4 Mazhab, sehinggalah lewat tahun 90-an sebelem fatwa baru dikeluarkan antara yang dikeluarkan fatwa baru tu ialah Dr Qardawi, dan pendapat ni diambil oleh UAI atas alasan "hikmah" untuk beliau dekati golongan artis yang ingin berhijrah. Bagi ulama yang mempelajari kitab2 silam, mereka akan faham dengan jelas kata2 saya ni. Pada zaman imam 4 Mazhab, hanya 1 Mazhab sahaja yang kata muzik tak haram iaitu Mazhab az-Zahiri (dah pupus mazhab ni) Dinukilkan oleh Ibn Hazm. Selain mazhab ni, semua kata haram, Termasuklah puak Wahabi. Wallahualam.

Bahkan didalam kitab2 Fiqh, penjualan barang2 muzik tidak bernilai dan tidak sah sepertimana penjualan babi dan arak. Boleh rujuk sendiri kitab2 Fiqh macam kitab Umdatus Salik, Ianah, Iqna' dan lain2. Wallahu'alam.

Di dalam Mazhab Syafie, alat muzik seperti gendang, duff dan alat2 ketuk lain diharuskan sebab para sahabat pernah guna dan tidak diingkari nabi. Jadi ia dikategorikan sebagai sunnah Taqririyyah. Sebab itu para Habib selalu bergendang dan ber-duff sambil berqasidah. Itu dihukum harus.

Semua hukum2 ulama silam tak ramai yang tahu sebab kena bukak kitab silam baru dapat tahu. Fatwa baru yang kata harus puloak semua orang tahu pasal info tu boleh didapati dalam internet tanpa perlu buka kitab arab tanpa baris. Sebab itu saya tak salahkan orang2 yang melenting kat sini sebab saya faham situasi mereka dan kapasiti ilmu mereka. Maka diam adalah jawapan terbaik. Semoga Allah melapangkan dada semua pembaca. Amin.


-Credit to UIBO-

Nikah Cara Nabi

~Kisah Nikah Ibn Batoota~

Walaupun dah setahun lebih dah saya menikah, anak pun dah umur 6 bulan lebih. Tapi masih ramai yang request untuk saya ceritakan pengalaman nikah dan walimah saya. Saya tak tau lah ia diminta untuk dibaca supaya dapat dicontohi atau sekadar pemanis mata.

Harapnya status kali ni tak ada yang ciplak atau edit untuk di kredit ke atas diri sendiri supaya tidak merosakkan maruah sendiri...

Cerita bab nikah ni saya tak tau nak mula dari mana... Tapi elok saya mulakan dari awal tahun 2012, masa tu saya minta cuti dari madrasah saya untuk balik Malaysia sebab nak kawen.

Awal 2012 saya sampai Malaysia, belum sempat balik rumah, dah ramai datang jumpa kat airport untuk minta ceramah. Saya bagi no telefon je dan suruh keep in touch.

Kebiasaan saya bila balik ke Malaysia, saya akan singgah di 24 hours Open Masjid iaitu Masjid Jamek Sri Petaling untuk saya iktikaf (merupakan satu sunnah Nabi yang mulia, apabila pulang dari perjalanan yang jauh untuk beriktikaf di masjid semalaman sebelum pulang ke rumah). Masjid Jamek Sri Petaling ni saya pilih sebab masjid tu macam Masjid Nabawi zaman Nabi, sentiasa 24 jam, 7 hari seminggu, sepanjang tahun, tanpa cuti orang beribadat kat situ. Ada kemudahan tempat mandi, tandas, kedai mamak, kira memang tip top lah situ. So saya akan ke situ setiap kali balik dari Afrika.

Masa saya kat masjid tu, saya terdengar iklan bahawa ijtima' ummah (perhimpunan umat Islam) akan di adakan di setiap negeri pada tahun tu, ramai ulama besar, syaikhul hadis, dan ulama lain akan hadir bagi talk. Saya pun take note.

Awal-awal pagi lepas Subuh tu saya berangkat balik ke rumah.

Di rumah, saya dilantik jadi imam dan mengajar di surau. Setiap kali saya balik kampung, memang pengerusi surau akan cepat-cepat tangkap saya sebab kalau tak, surau lain akan tangkap.

Kemudian saya dapat tawaran ceramah di kawasan KL, saya pergi bersafar semula ke KL dan sekali lagi ke masjid Sri Petaling.

Dipendekkan cerita, kat masjid masa tu mereka memerlukan ustaz untuk menjadi penterjemah kepada jemaah tabligh dari Yaman, salah seorang daripada ahli jemaah masa tu ialah Mufti Syeikh Salim, pensyarah di Jamiat Ahqaf kat Tarim tak silap saya. Teruja saya dibuatnya. Saya pun ikut jemaah tu selama 40 hari jadi penterjemah mereka dan mereka di hantar ke Pahang. Selama perjalanan bersama mereka tu, saya bertalaqqi dan bersohbat serta berkhidmat kepada Syeikh Salim, saya talaqqi daurah kutub soghir Fiqh Syafi'e dengan beliau. Ilmu beliau memang dahsyat. Semua matan dalil hafal dalam otak, ini baru betul ULAMA (bukan macam "ulama google" yang super duper hyper nonsense).

Dipendekkan cerita lagi, saya dipertemukan Allah dengan abang ipar bidadari saya dan ditawarkan untuk menikah. Sepanjang 40 hari saya bersama jemaah Yaman tu, ada je orang call offer anak diorang lah, anak saudara lah, adik perempuan lah. Tiba-tiba berita saya nak cari isteri tu tersebar.

Dipendekkan cerita lagi saya setuju dan datang untuk nazor bidadari saya di rumahnya, ditemani mahramnya.

Nazor ialah proses melihat wajah dan tapak tangan oleh pelamar. Zaman Nabi dulu majoriti muslimah berpurdah, jadi proses nazor ni merupakan perintah Nabi kepada para Sahabat untuk melihat wajah di sebalik purdah dan kedua tapak tangan. 

Zaman sekarang dah tak ada nazor-nazor ni sebab majoriti perempuan sekarang letak muka sejibik terpampang dalam fb, blog, twwitter, whatsapp sampai yang berpurdah pun tunjuk juga gambar berpurdah diorang dalam laman-laman sosial untuk bagitahu kat orang ramai "kami berpurdah", jadi sunnah Nabi tentang nazor ini telah dibuang oleh umat Islam sebab semua perempuan pun dah kena tengok muka diorang oleh berjuta billion lelaki. No point of nazor anymore.....

Bidadari saya pulak saya nazor secara terhormat sebab beliau memang tak pernah dilihat mana-mana lelaki bukan mahram sebab beliau dari kecik buat home-schooling macam zaman Nabi, tak pernah masuk sekolah ke,madrasah ke, kalau keluar rumah pun akan pakai full hijab purdah burqa semua. Jadi sayalah lelaki bukan mahram yang pertama pernah tengok muka beliau. Beliau bagitahu, beliau selalu berdoa supaya siapa orang pertama yang nazor beliau, itulah suaminya sebab dia tak mahu wajahnya dilihat sesiapa kecuali suami. Dan munajatnya diterima Allah.

Ingat! Allah tu wujud. Cuma kita je "tak layan" kewujudan Allah tu.

By the way, lepas nazor, 3 hari istikharah sama-sama dan lepas 3 hari istikharah, keputusan dibuat untuk menikah.. Saya pun batalkan janji nak nazor perempuan lain yang di offer kat saya sepanjang 2-3 bulan kat Malaysia masa tu.

Masa nazor tu awal bulan April, dan cadang nak nikah tu pertengahan bulan Julai. Ada masa lebih kurang 2 bulan lebih untuk persiapan.

Masa tu saya ada RM50 lebih je kot rasanya, dalam bank kosong.

Lepas tu saya fikir, mana nak cari duit dalam masa 2 bulan lebih tu?

Mulanya ingat nak kerja, tapi tak jadi. Saya solat hajat banyak-banyak, kalau jodoh, tentu Allah mudahkan.

Lepas tu saya ikut ijtimak ummah setiap negeri tu, masa tu duit saya ada dalam RM2 je, tapi saya bawak beg, tumpang orang, pergi ke tapak ijtimak. Dari situ, saya terus tumpang orang ke ijtimak seluruh negara kecuali Perlis, Perak, Sabah dan Sarawak.

Lepas ijtimak, ada jemputan ceramah merata tempat di universiti, kolej, masjid, pejabat, kilang dan lain-lain di seluruh Malaysia, dari Kedah sampai Johor.

Pendek kata, saya totally "buat tak tau" tentang kahwin tu dan semata-mata serahkan urusan dunia saya kat Allah sebab saya ada terbaca satu hadis yang mafhumnya, barangsiapa yang jadikan hal dunia sebagai kerisauan utamanya, maka Allah akan sempitkan hidupnya dan cuma diberi rezeki yang dah ditetapkan je.

Dan barangsiapa yang jadikan akhirat sebagai kerisauan utama, maka Allah akan suruh dunia jatuh ke bawah tapak kaki kita dalam keadaan hina dina. Allah akan uruskan semua urusan dunia kita.

So dengan saya pergi dakwah sana sini, ziarah ulama, ikut ijtimak, ikut kuliah dan lain-lain kerja agama untuk akhirat, saya fikir Allah tentu akan selesaikan semua urusan dunia saya.

Ingat! Sifat Nabi yang wajib kita imani ialah As-Siddiq (benar), jadi Nabi tak mungkin menipu. So bila hadis cakap macam tu, konfem jadi.

Dipendekkan lagi cerita, tiba-tiba je dah bulan Jun. Duit masih belum ada, ada dalam RM400 je rasanya hasil sumbangan ceramah-ceramah tu semua.

Lepas tu saya sekali lagi ke Masjid Sri Petaling tu dan solat hajat kat sana...

Lepas tu balik ke rumah di Penang...

Tiba-tiba rezeki Allah melimpah-limpah, ada yang nak sponsor walimah, ada yang nak sponsor cincin emas, ada yang nak sponsor hadiah dan lain-lain.

Setel masalah...

Dengan muka sekupangnya, pakai jubah putih, serban putih, selipar tandas, saya pun akad nikah pada 15 Julai 2012 selepas solat Asar.

Walimatul Uqud diadakan di rumah bidadari saya, sembelih seekor kambing, jemput jiran-jiran.

Walimatul Uqud ialah kenduri walimah kesyukuran selepas akad nikah di adakan...walimah bermaksud pesta, uqud bermaksud akad, jadi walimatul uqud bermaksud "walimah kerana akad".

Walimatul Ursi pula diadakan di rumah saya tak lama lepas tu...

Walimatul Ursi atau di Malaysia dikenali sebagai Walimatul Urus pula ialah kenduri walimah kesyukuran selepas dua pengantin telah bergaul...'ursi (ain, ro, sin) bermaksud "pengantin" jadi walimatul ursi bermaksud "walimah pengantin".

Mulanya walimah ursi ni nak dibuat pada waktu malam sebab telah tsabit ke-sunnah-annya dibuat walimah pada waktu malam.

Tapi disebabkan Malaysia penuh masalah dalam mengamalkan sunnah, maka terpaksa buat siang jugak untuk mudah bagi orang yang dah biasa dengan walimah pada waktu siang.

Masa walimah tu, saya asingkan tempat laki dan perempuan dengan kain rentang dan letak sign board banyak-banyak "khemah lelaki" dan "khemah wanita".

Semua orang agak "pelik" dengan ajaran Nabi tu... Tapi saya buat muka sekupang macam biasa...

Masa tengah siapkan khemah, tetamu dah datang, tapi saya masih pakai kain pelikat dengan pagoda, hehe.

Saya pun lari masuk, mandi, pakai kain pelikat warna hitam putih, jubah putih saya tengah basuh masa tu, saya pun pakai jubah hitam, dah lah jubah hitam tu bertampal, so untuk tutup tampal tu, saya pakai kot hitam panjang kat luar, serban putih pun basuh, saya pakai serban hitam.  

Lepas tu keluar sambut tetamu dengan pakai selipar tandas warna oren, bila jalan bunyi "kreet kreet"   (yang ini aku like sampai patah jari).

Inilah pakaian saya ketika walimah. Tak ada make up, tak ada baju pengantin kelip-kelip, tak ada keris, tak ada pistol, tak ada pedang samurai.

Semua orang tanya "mana pengantin"?

Bapak saya cakap sambil tunjuk kat saya: "tu yang salam tadi tu pengantin lah".

Saya pun sengih sempoi punya.

Nak mengata?

Peduli apa aku....

Aku ada agama, aku ada Nabi, aku ada panduan, aku tak perlukan "apa orang kata" untuk mereka masuk campur urusan hidup aku.

Anyway, ini bukan cerita rekaan, ramai budak-budak fb yang datang ke walimah saya jadi saksi perkara ni. 

Kalau orang tanya berapa kos perkahwinan saya?

Saya jawab: "Free. Allah yang bayar semua."

Allah baik dengan saya bukan sebab saya ada amal banyak macam korang-korang ni...

Tapi saya rasa Allah ambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap walimah saya mungkin sebab saya TAK PEDULI HAL-HAL KEDUNIAAN DAN KATA-KATA ORANG, YANG PENTING NAK AMALKAN SUNNAH NABI.

So untuk korang alami pengalaman sempoi bersama...

Let say together:

"Go to hell to what people say! Be somebody that our prophet can proud of!"

#Credit : Ibnu Batoota Owsem

Status Hadis

bengong. status sesuatu hadis tu termasuk dlm masa'il ijtihadiyyah para muhaddisin bukannya qat'ie. sebab tu ulama A ckp sahih, ulama B ckp daif,ulama C ckp palsu,ulama D ckp hassan, sebab itu masing2 punya ijtihad. nak ckp psl hadis, belajar la ilmu usul hadis dulu. ini bru jumpa sorg dua ckp palsu, terus cop hadis tu palsu 100% sdgkan maudhu' tu ada maudhu' zhonni, maudhu' qat'ie dan maudhu li ghairi au li zatihi. adoi la.... korang ingat status hadis ni masalah qat'ie mcm al-quran ke? pe kata korang pergi belajar drpd menunjukkan kebodohan kat sini?

hadis di atas ni ada PENDAPAT ulama yg kata daif jiddan,daif,mahsyur,sahih lighairihi dan mcm2 lg PENDAPAT ulama.. dan masing2 meraikan pendapat masing2....skrg ni Wahhabi amek pendapat yg kata "daif jiddan" atau "maudhu" pastu ckp pendapat ratusan ulama lain yg TAK SEPENDAPAT dgn fatwa daif jiddan atau maudhu sbg SALAH. ini namanya JAHIL MUROKKAB. bab hadis ni bab tertinggi dlm pengajian islam, org2 bodoh tak boleh sewenang2nya bg "pendapat". bak kata imam sufyan uyainah: "ilmu hadis itu padang pasir yg menyesatkan kecuali kpd para FUQAHA".

 apa yg org2 bodoh tidak tahu ialah penilaian seseorg ulama bkenaan ssbuah hadis itu adalah berdasarkan manhaj bidang masing2... muhaddis punya syarat sahih,daif,hassan dan maudhu TIDAK SAMA dgn syarat yg diletakkan fuqaha. sebab itu sgt penting org2 bodoh belajar ilmu usl hadis,manhaj muhaddis dan manhaj fuqaha, mustolah dll ilmu hadis sblum "berani" nk ckp psl hadis. jgn jd mcm albani yg mengajar utk langgar semua etika disiplin ilmu hadis.

 siapa yg berminat nk takhasus ilm hadis, kat afrika ni ada satu tempat yg ajarkan takhasus ilm hadis manhaj deoband,tp syaratnya mesti khatam daurah kutub sittah. nak khatam kutub sittah kat sini amek masa 7 TAHUN. lepas 7 tahun,baru LAYAK utk belajar takhasus hadis. belajar kitab syeikh awwamah dll kitab. sy tgk ulama2 kt sini punyalah mujahadah nak dptkan ilmu hadis. sampai 10 tahun ngaji pun masih "tak mampu" nk berlagak mcm puak2 wahabi yg nahu sorof pun tak reti ni...inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.

 hari ni ulama hadis hebat mcm syeikh abdullah harari yg bkn takat khatam kutub sittah, tp HAFAL kutub sittah digelar wahabi sbg ahbash dan sesat. Albani yg jgn kata kutub sittah, ulama hadis zmn beliau mintak bacakan 10 hadis bersanad scara hafalan pun dia tak boleh bg dan kalah debat dgn syeikh harari dan kalah debat dgn syeikh ramadhan butti pulak dianggap sbg "salafi" dan ulama hadis hebat kononnya "imam bukhari alaf baru". ini satu kecacatan otak yg sgt ajaib!

Ustaz Kazim Elias

Islam tu menyatukan, cuba fikir, kalau ustaz Kazim tak masuk umno, tak kan nak biar seluruh umno rosak kerana virus wahabi dari puak ILMU? Rukun iman yg pertama "beriman kepada Allah" ke "beriman kepada politik"? Soalan pertama dlm kubur "siapa rob kamu" ke atau "apa parti politik kamu?" ...ya allah...apa guna belajar agama kalau tak reti beza ilmu mana yg lebih penting? Tak berpolitik demokrasi ni tak masuk neraka, tapi kalau akidah rosak, itu yg masuk neraka. Nabi dh bersabda ttg umat akhir zaman yg imannya "keluar dan masuk"...beriman wktu pagi, kufur waktu petang...beriman petang, kufur pagi... Ini lah zamannya, zaman dimana org jahil ttg iman, ttg akidah, ttg perkara membatalkan iman... Sehingga ramai yg MURTAD tanpa sedar.... Kalau akidah tak didahulukan.... Rosaklah segala "pejuangan islam" yg lain... Org yg solat berjuta2 rakaat, tp akidahnya pada Allah salah..dia tetap ke neraka... Mudah kot nak faham? Semoga Allah bg sy faham dan seluruh umat faham akan kepentingan perkara ni...

Purdah, Aurat dan Wanita

Assalamualaikum warahmatullahi Taala Wabarokatuh. Jika Ada lagi pendapat2 Ulama Syafiyyah tentang Purdah ini tolong Naqalkan ya sekali dengan kitab2 karangan mereka kerana Sahabat Ana Sangat memerlukannya. Jazakallah

PURDAH 

Pendapat mazhab Syafi’ie, AURAT WANITA di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah SELURUH TUBUH. Sehingga mereka MEWAJIBKAN wanita memakai purdah DIHADAPAN LELAKI AJNABI. Inilah pendapat MU'TAMAD,KUAT DAN JUMHUR dalam mazhab Syafi’ie. Pendapat dhoif kata muka dan pengelangan tangan bukan AURAT selagi tidak timbul FITNAH. 

* Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

* Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An Nawawi ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusar hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

* Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan” (Fathul Qaarib, 19)

* Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan FITNAH” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

* Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:

ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaanya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah)” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

Ustaz IBNU BATOOTA:

Dalam tafsir Ibn Kathir rah, telah dibawakan kalam Saidina Ibn 'Abbas r.a berkenaan ayat quran: " an yudniina 'alaihinn min jalaabihinna " ( supaya mereka mengenalan ke atas diri mereka akan jilbab mereka )...

Ibn Abbas menafsirkan: " Allah memerintahkan para wanita mu'min, apabila mereka keluar daripada rumah mereka di dalam keadaan KEPERLUAN/HAJAT (menunjukkan wanita hanya keluar atas hajat/keperluan), supaya mereka MENUTUP WAJAH-WAJAH MEREKA mereka daripada atas kepala mereka dengan jilbab-jilbab dan hanya menampakkan mata sahaja (untuk MELIHAT bukan untuk DILIHAT).... "

Maka dari tafsir seorang sahabat nabi yang merupakan sepupu nabi dan juga seorang mufti dan ahli tafsir di kalangan para sahabat, wajah wanita itu adalah aurat yang wajib ditutup auratnya... maka adalah kebodohan yang sangat melampau melepasi had maksimas apabila ada pihak mendakwa 'purdah tu cuma adat sebab takut pasir...' sedangkan IA WUJUD DALAM SYARI'AT.... (maaf,saya bukan nak bahas hal purdah, tapi cuma nak bagitau yang purdah itu bukan adat tapi ia wujud dalam syariat, maka hentikan dakwaan bodoh yang menyatakan ianya adat semata-mata....

sekadar rujukan: berkenaan hal purdah, khilaf ulama mengenainya ada 2 fatwa yang mahsyur iaitu :

1.wajah dan tapak tangan itu aurat seperti bahagian aurat yang lain, banyak sekali dalilnya dari quran dan hadis hinggakan ulama mazhab syafie telah memilih ia sebagai fatwa muktamad mazhab seperti yang dibahaskan dalam kitab fathul mu'in.

2. ialah muka dan tapak tangan bukanlah aurat SELAGI TIDAK MENIMBULKAN FITNAH, maka ia tetap jadi aurat kalau timbul fitnah, fatwa ini mahsyur di dalam mazhab hanafi dan maliki sebagai fatwa muktamad dan terkuat sedangkan fatwa yang sama ini disisi ulama mazhab syafie adalah pendapat daif atau pendapat kedua, dan pendapat kedua inilah yang menjadi pegangan majoriti mufti dan ustad yang mengajarkan wanita bermazhab syafie di malaysia, indonesia kerana bagi mereka wanita malaysia 'belum bersedia' menerima fatwa muktamad memandangkan masih ramai yang rambut-percuma (freehair).)

SILA BACA MOLEK2 !!

"Nmun bg wanita yg msih lemah imannya,dan tidak mampu amalkan ftwa ini,maka harus bgnya utk beramal dgn pndpt yg lemah dlm mzhab syafie iaitu wjh bknlah aurat slagi tidak mnimbulkan FITNAH"ustaz Ibnu Batoota n maulana Usamah Muhammad, apa maksud fitnah tu? fitnah yang macam mana 2? mohon pencerahan...

Fitnah disini mksudnya kerosakan,fasad,dosa dan sbgnya..

Contohnya pmpuan x pkai purdah kt psr,laki2 tgk muka dia,kbtulan muka dia cntik,laki2 td pun pakat ushaaaa je n tmbul keinginan dan fkiran2 kotor mcm nk jdkan awek ke,nk jdkan bhn zina ke,dan lain2 khayal yang haram,maka wanita td bdosa kerana tidak memakai purdah sbb tlah mnimbulkan ftnah asbab tidak memakai purdah..

Berbeza dgn lelaki tgk pmpuan dan mereka bcita2 nk mengahwininya,bfkir nk kawen tu ssuatu yg halal..cthnya bile tgk pmpuan purdah,sjuk ati n rsa nk kawen dgn dia,pmpuan tu x bdosa sbb mreka bcita2 sesuatu yg halal dgn nya,bkn nya bnda haram spti zina dan lain2..

macam mana pulak purdah yg warna warni tu? pakaian warna warni?atau kalu tak warna warni pun,warna2 yg SURAM & KUSAM? yg sepatut-patut-patut-patutnya kami bpakaian, yg macam mana? hanya warna hitam sahaja? & kenapa warna hitam?

just for sharing2~

..zZzZzZz...

Jawapan:Ibnu Batoota Owsem: Dlm hdis dsbutkan bhwa "para sahabiah rasulullah kelihatan spti gagak2 hitam slpas ayat hijab dturunkan"

Knapa lafaz "gagak" digunakan dlm hdis ni?Sbb dlm smua jnis brung,hanya gagak yg HITAM SEMUANYA xde putih atau wrna lain skit pun,tmsuk paruh dan matanya..

So ini mnunjukkan para shabiah nbi ktika itu pakai hitam smuanya tmsuk muka2 mereka pun tutup dgn kain,bahkan tmsuk mata mreka pun tutup(pakai burqa)..

Wallahualam..

Ini yg tbaik,ini jalan org solehah,ini jln wnita syurga,ini jalan istri2 rasulullah,ini jln para sahabiah..

Saya mnyeru ikutlah jalan ni!!!

Bkn jalan ust2 moden yg mna x brani bsuara mbela maruah wanita tp hnya nk jd hero ats pjuangn yg sia2..

Usamah Muhammad :Warna juga adalah aurat utk wanita. Sebab warna juga termasuk TABARRUJ. Guru ana semasa mengajar tafsir tentang ayat HIJAB tu mengatakan sepatutnya wanita apabila nak keluar rumah hendaklah ambil sarang labah2 kemudian lumur pada jubahnya supaya pakaiannya tidak nmpak TABARRUJ.

Kampung Sunnah

Sejak dua menjak ni, hati saya jadi sangat resah gelisah,murung dan sering tiba-tiba menangis tanpa sebab. Semuanya bermula selepas saya berhenti menulis buku,berhenti membaca kitab,berhenti berfikir untuk umat,berhenti melakukan semua urusan rutin saya dan baring sambil melihat status-status orang ramai dalam fb...saya jarang yang amat membaca status sesiapa pun kecuali jika ditag itu pun kebanyakannya tak dilayan...saya hanya berada di dalam dunia saya,akaun saya,inbox saya.

Saya tulis status di wall sendiri,komen sikit-sikit apa patut, dan saya teruskan rutin harian saya. Saya tak pernah ada masa untuk tengok status-status lain di home facebook ni.

Tapi baru-baru ni saya mula terdetik untuk membaca,menjadi silent reader. Dan tak semena-mena air mata saya mengalir. Terutamanya bila saya melihat baby saya yang sedang tidur di sebelah saya sambil isap jari.

Saya terfikir...Subhanallah...Lahaula wala Quwwata illabillah.... Hebatnya kerosakan umat...apa akan jadi pada anak-anak aku nanti?

Ada yang upload gambar dedah aurat, ada yang berpelukan, ada yang jantan betina berkekek-kekek,ada post pasal cinta luar nikah,ada yang post hina imam-imam mazhab,ada yang post pasal anti hadis,ada post pasal keagungan syiah, ada post pasal keagungan wahabi,ada post untuk ketawakan niqabis yang menjaga maruahnya, ada post pasal kutuk ulama "kuno" dan up kan ulama "moden", ada yang mengutuk pendakwah, ada jugak yang mengaibkan individu2 tertentu khususnya yang melibatkan politik kepartian. Isu-isu seperti purdah,keharaman wanita bersafar tanpa mahram, dan lain-lain syariat Allah telah menjadi satu bahan jenaka orang-orang bodoh.

Saya jadi bagai nak gila selepas saya korek-korek dunia gelap fb ni dan perkara pertama yang saya risaukan ialah anak saya. Adakah anak saya juga termasuk dalam golongan ini ataupun dia mendapat petunjuk daripada Allah?

Saya menjadi sangat takut dengan tanah kelahiran sendiri...

Dan saya ceritakan dan tunjukkan semua kerosakan ini kepada bidadari saya. Dia juga menangis dan terkejut kerana dia tidak pernah didedahkan dengan perkara macam ni sejak kecik sebab dia tak pernah terlibat dengan apa-apa teknologi moden dan cuma bersekolah di rumah. Dia lalu terus bacakan kepada saya satu hadis berkenaan hal ini yang diriwayatkan saidina huzaifah alyamani di mana rasulullah arahkan untuk lari masuk ke hutan/pergunungan sambil membawa haiwan ternakan apabila bertemu dengan zaman ini...

Dia mintak supaya kami sekeluarga jangan tinggal di Malaysia kerana ketakutan yang amat sangat akan kerosakan agama. Lebih baik tinggal di hutan,jauh dari manusia terutamanya yang dikenali daripada seluruh keluarga berada di neraka kerana terpengaruh dengan semua fitnah dajjal ni.

Saya juga terfikir perkara yang sama dan akhirnya saya bermesyuarat dengan salah seorang guruku. Beliau syorkan kepadaku agar tidak melarikan diri ke hutan sebaliknya saya perlu membina sebuah perkampungan yang agak jauh daripada bandar dan hanya dipenuhi dengan orang baik-baik yang beramal soleh,beramal sunnah 100%,menutup aurat dengan sempurna, suasana ilmu,iman dan amal yang baik, mempunyai kebun dan ladang sendiri,sembelih sendiri binatang untuk dimakan dan yang paling penting jauh dari fitnah orang ramai.Dengan ini,sebuah komuniti yang baik dapat dibina,dapat saling berdakwah,dapat tegakkan solat jumaat dan dapat bina suasana yang baik agar dapat memberi kesan kepada hati siapa sahaja yang masuk ke situ seperti di madinah ketika zaman rasulullah. Sesiapa yang melihat suasana madinah,pasti akan masuk islam.Dengan ini,umat mendapat manfaat.

Idea dan kerisauan ini saya curahkan kepada semua rakan niaga saya di Afrika Selatan yang terdiri daripada saintis,doktor,pakar bahasa inggeris,pakar ekonomi dan ulama. Mereka semua sangat takut bercampur gembira dan teruja dengan idea tu serta bersetuju untuk tinggal bersama saya. Saya dan rakan ulama saya akan ajar anak-anak kami bab agama,yang lain pula akan ajar mengikut kepakaran bidang masing-masing di sekolah yang kami sendiri bina.

Semoga Allah makbulkan dan mudahkan urusan ini.Amin.

Note: kepala sudah gegar,hati sudah gusar,jantung sudah berdebar....harap-harap cita-cita ni tercapai.....

Fiqh Bisnes

Islam agama yang penuh bisnes, Nabi kita sendiri merupakan seorang bisnesman hebat sampai menarik perhatian boss besar (saidatina khadijah) untuk mengahwininya kerana akhlak nabi yang sempoi dan berjaya majukan bisnesnya tanpa unsur penipuan.

Selama bertahun-tahun saya bertalaqqi dengan guru-guru terhormat saya, satu perkara yang saya perasan ialah di dalam kitab-kitab fiqh mana-mana mazhab pun, ajaran berkenaan bisnes (atau bahasa kitab arabnya: muamalat/ buyu') adalah sangat tebal. Boleh dikatakan dalam satu kitab Fiqh tu,hampir separuh kitab tu adalah berkenaan Fiqh Bisnes dan selebihnya adalah Fiqh lain seperti bersuci, solat, puasa, zakat, nikah, jenayah,hudud dan lain-lain.

Bisnes adalah perkara besar dalam Islam. Para ulama mengatakan bahawa Islam itu disempurnakan atas 5 perkara:

1) Iman2) Ibadat3) Muamalat (Bisnes)4) Muasyarat (Pergaulan sesama makhluk)5) Akhlak

Adalah satu perkara yang mengejutkan apabila semua Fiqh bisnes ini tidak diajarkan kepada umat Islam sehingga hampir semua umat Islam khususnya kaum Melayu JAHIL DAN BODOH berkenaan ilmu bisnes. Sedangkan Islam sangat hebat ilmu bisnes. Sebab tu bisnes-bisnes orang Melayu penuh dengan penipuan, riba, khianat dan lain-lain sedangkan bisnes non-muslim pulak berjaya kerana mereka mematuhi syariat Fiqh bisnes ni.

Misalnya, dalam kitab Mukhtasar Al-Quduri bab buyu' (bisnes) , bab pertama sahaja adalah berkenaan Khiyarus syart yang termasuk di dalamnya mengenai bab khiyarul 'aib iaitu berkenaan aib barang yang dijual. Islam mengajarkan kita supaya apa-apa barang yang kita jual apabila berlaku aib dan customer minta refund (pulangkan duit) atau tukar barang lain, maka kita WAJIB bagi.

Tapi problemnya,hampir semua orang Islam bila barang yang dijual mereka ada aib contohnya kes tersilap design printing Tshirt owsem saya tu, mereka tak mahu refund! Itu dah kita makan duit haram tu.

Sedangkan kalau korang pergi ke kedai non-muslim, terutamanya company besar macam Tesco, Sony, Nokia bla bla bla, mereka semua letakkan sistem guarantee dan quality control dan sistem refund jika customer tak puas hati. Semua sistem-sistem yang mereka buat tu tertulis dengan jelas dalam kitab-kitab Fiqh Islami!

Di Afrika ni, ada satu supermarket Yahudi bernama Game yang ada polisi, kalau barang yang sama kat kedai lain jual murah, kita boleh bawa resit atau bukti yang kedai tu jual lebih murah daripada pihak syarikat Game dan pihak Game akan beri harga yang sama atau lebih murah sebagai jaminan semua barang mereka adalah harga termurah. Yang ini juga diajar di dalam Islam dan merupakan SUNNAH NABI..

Jadi jangan hairan kenapa bisnes Melayu semua lingkup, sebab korang JAHIL bab fiqh bisnes dan banyak buat khianat pada pelanggan, berbeza dengan bisnes non muslim, mereka amal Sunnah Nabi dalam bisnes, maka mereka BERJAYA kerana sesungguhnya Allah telah buat keputusan bahawa:

HANYA DALAM SUNNAH SAHAJA TERDAPAT KEJAYAAN.

Di Malaysia ni baru saya perasan yang umat Melayu tak pernah diajar mengenai Fiqh bisnes. Di masjid dan di tapak ceramah semuanya ceramah pasal politik, ceramah motivasi, ceramah sirah atau pun fiqh-fiqh ibadat macam solat dan lain-lain. Bab-bab bisnes ni belum lagi saya jumpa ada mana-mana ulama buat kuliah tentang ni.

So lepas ni Insyaallah saya akan cuba usahakan ilmu bisnes Islam ni disebarkan kepada kaum Islam samada dalam bentuk kuliah, talaqqi atau pun penulisan buku.

DOAKAN SAYA,

Berkhidmat untuk AGAMA-Ibnu Batoota Owsem Al-Keyboard Warrior-