Monday, October 15, 2018

1

Isnin 
16/10/2018
Surau Al-Aziziah, Taman Keramat Permai

Nota Ringkas Pengajian Tauhid/Akidah


  • Sifat Rahmat Allah mengatasi segala-galanya. Sifat rahmat Allah mnedahului sifat kemurkaan Allah SWT
  • Segala makhluk adalah ciptaan Allah dan setiap ciptaan adalah sesuatu yang baru
  • Sesuatu yang baru adalah berhajat kepada yang menjadikannya
  • Siapakah yang wujudkan ciptaan ini? Sudah tentu Allah SWT
  • Qadim pula bermaksud lama
Azali
  • Azali merupakan sesuatu yang tidak pernah melalui fasa tidak ada

Allah tidak berhajat kepada masa dan tidak boleh mengatakan Allah di luar lingkungan masa kerana Allah yang menciptakan masa. Masa bersifat relatif kerana ia juga makhluk yang berhajat kepada masa.  Allah adalah pencipta masa. Allah boleh mendepankan masa dan membelakangkan masa.
Sebagaimana yang dikhabarkan sewaktu Peristiwa Israk dan Mikraj. Perjalanan Baginda Muhammad SAW ambil masa yang singkat kerana Allah SWT telah melipat dimensi masa tersebut.

  • Segala yang diciptakan itu adalah baharu. Arasy dah ada sebelum bumi dan cakerawala
  • Yang namanya makhluk pasti ada permulaan
  • Wujud Allah bukanlah dalam dan luar kerana Allah tidak berhajat kepada tempat. Allah yang menciptakan tempat
  • Arasy adalah makhluk Allah. Tidak boleh kata Allah bersemayam di Arasy dan terjermahan 'istiwa' sebagai bersemayam itu bukan terjermahan oleh ahli Sunnah. 
  • Oleh itu, adalah wajib kita belajar sifat 20, wajib pada akal

Empat Tingkatan Tauhid

1, Tauhid Orang Awam
2. Tauhid Akal
-berdasarkan ilmu kalam, aqidah Syai'riah dan Maturidiah
3. Tauhid Sufi 
-ilmu itu digunakan untuk meneruskan akal. Ini adalah Tauhid Sufi atau Tauhid ahli Tarekat Sufi. Daripada akal turun ke hatim sekarang iman itu membangun iman kuat akan terpuji sifat-sifat hati yang terus mujahadah
4. Tauhid Ariffin Billah
-Muqarribun, orang yang benar-benar telah terbuka mata hati orang-orang yang dekat dengan Allah
-Goyang kaki, tidak dapat 
-Jauhkan diri dari perkara yang haram dan syubhah

  • Allah cipta kita manusia bukan sebab Allah perlukan kita
  • Sesungguhnya Allah menciptakan Arasy untuk menzahirkan kekuasaan Allah
  • Allah bukan dalam ciptaan Allah
  • Allah bukan kat mana-mana arah, kena banyak berzikir kepada Allah
  • Wujud makhluk dan alam adalah mumkinat
  • Mumkinat itu adalah sesuatu yang ada dan tak ada mungkin kerana tertakhluk kepada kekuasaan Allah
  • Allah tidak serupa dengan manusia, 
  • Manusia bersususun dari sel untuk menjadi jisim. Manusia berhajat kepada sususnan-susunan dan juga boleh terpotong-potong

  • Kita semua adalah genggaman kepada Allah, jangan faham genggaman itu macam genggaman tangan
  • Kena faham METAFORA tangan itu bermakna kekuasaanNya
  • Langit dan bumi segalanya dalam genggaman Allah
  • Segala perbuatan kita adalah ciptaan Allah, maka makin menebal rasa cinta kepada Allah di mana sahaja kamu berada yang menyeliputi segala-galanya.

No comments:

Post a Comment