Friday, October 12, 2018

Mula Semula

Nyawa yang dikurniakan adalah bersifat sementara dan tidak kekal. 
Justeru, adalah penting untuk mengetahui apakah yang kita inginkan sebenarnya? Apakah yang kita perlukan sekarang dan ke manakah arah tuju kita
.
Secara asasnya, pada zaman moden ini, semua orang khususnya di Malaysia mesti mempunyai pendidikan formal. Memiliki sijil kemahiran dan pada peringkat tertentu untuk mengembangkan potensi tertentu tetapi hanya sebahagian sahaja yang berjaya melakukan sebenar-benar perkara yang mereka inginkan.

Sebenarnya, proses pendidikan itu telah bermula sejak kita berada di dalam perut lagi.
Tujuan hidup yang paling utama adalah mengetahui bahawa kita diciptakan untuk menjadi pemimpin di muka bumi ini atau di luar bumi seperti yang dicita-citakan oleh sebahagian orang termasuklah sahabat saya. Siapakah yang menciptakan kita? Jawapan yang sudah tentu kita beri adalah Allah SWT yang Maha Mencipta.

Sejak kecil, kebanyakan umat Islam dibesarkan dengan kepercayaan asas melalui pembelajaran mengenai 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam. Cuma, ramai yang lupa kerana ianya merupakan perkara yang telah lama dipelajari atau ada juga yang belum mempelajarinya.

Mula semula. Murni cuba kongsi perkara yang Murni telah belajar dalam hidup.
Ada proses pembelajaran memerlukan guru. Guru yang alim dalam bidangnya. Apabila kita telah hilang punca arah, Murni sarankan kita kembali kepada perkara yang paling asas iaitu 5 Rukun Islam itu sendiri. Benar, kita boleh membacanya dan mengamalkannya mengikut kefahaman kita. Tetapi, alangkah baiknya kita mendapat bimbingan yang berantai daripada manusia yang mula-mula sekali membawa ajaran ini kepada kita iaitu Nabi Muhammad saw. Sebelum mempelajari dengan lebih mendalam tentang ajarannya, lebih banyak manfaat jika kita mengenal sedikit sebanyak tentang Nabi Muhammad saw.

Ringkasnya, dia dipilih sebagai utusan Allah swt yang terakhir. Baginda saw menegaskan bahawa Tiada Tuhan Selain Allah yang berhak disembah dan Rasul saw adalah pesuruh Allah. Nabi Muhammad saw adalah sebagai penyampai khabar berita yang gembira dan juga yang mendukacitakan. Sebelum dia wafat, dalam wasiatnya Baginda saw meninggalkan kita dengan dua perkara. Pertama, Al-Quran iaitu kitab Allah, words of Allah dan juga Sunnahnya. Apakah itu sunnah? Sunnah adalah cara hidup. Cara hidup yang khususnya merujuk kepada cara hidup Nabi Muhammad saw. Di mana, jika kita berpegang kepada kedua-dua perkara ini, maka kita tidak akan sesat selama-lamanya.

Cara hidup baginda saw juga termasuklah apa yang dipesannya, perbuatannya, perbuatan diamnya dan segala yang berkaitan dengannya. Baginda saw pernah berpesan dalam hadis yang telah dikumpul oleh para sahabatnya iaitu, Baginda saw berpesan bahawa ulama adalah pewaris Nabi saw. WALAUBAGAIMANAPUN, baginda saw telah memberi amaran awal-awal bahawa di akhir zaman ini akan ada dua jenis ulama'. Pertama, ulama yang baik dan kedua adalah ulama' su iaitu yang jahat.
Oleh itu, perlu ada ilmu juga untuk memilih daripada siapa kita mengambil ilmu.

Selain itu, Rasul saw berpesan bahawa ahli keluarga baginda saw nanti pada akhir zaman merupakan bahtera Nabi Nuh a.s yang akan memandu manusia ke arah kebenaran. Imam Mahdi yang juga merupakan keturunan Nabi Muhammad saw akan dibaiah dan oleh sebab itulah perlunya kita mencari di manakah sebenarnya, para cicit-cicit Nabi SAW berada. Rasul saw berpesan juga bahawa ahli keluarganya yang soleh dan mengamalkan akhlak sebagai agama itulah yang menjadi suatu penanda aras untuk menilai kebenaran yang dibawa oleh mereka. Hal ini adalah kerana, ada juga golongan yang sengaja mendakwa dirinya berketurunan Rasul SAW tetapi sebenarnya tidak. Oleh itu, berbalik kepada meminta kekuatan kepada Allah swt agar diberikan taufik dan hidayah yang benar.

Rasul saw juga menyarankan bahawa kita bersama-sama dengan jemaah yang sentiasa muafakat terhadap perkara-perkara agama. Yang ramai dan yang tidak pelik kerana ibarat kambing yang sentiasa berjalan bersama-sama di dalam kumpulan tidak akan diserang oleh serigala. Manakala, kambing yang berseorangan lebih mudah diserang oleh Serigala. Jelas, para jemaah ini pula menunjukkan ijtima' para ulama yang sentiasa bermuafakat walaupun berasal dari negara yang berbeza serta budaya yang berbeza. Islam itu mahabbah. Maka, akal yang waras sudah semestinya dapat membezakan agama atau akhlah yang baik atau tidak.  Akan dijelaskan dengan lebih terperinci nanti.

Setelah mengetahui bahawa pentingnya peranan para ulama, maka barulah Murni boleh berkongsi tentang 5 Rukun Islam yang telah digariskan oleh para ulama-ulama terdahulu yang bersambung rantaian pendidikan mereka hingga ke Rasul saw. Kalau kanak-kanak, tidak mengapa mereka belajar dan hafal dahulu tetapi bagi kita, ia amat penting untuk kita faham dari mana datangnya 5 Rukun Islam ini.

Kita ulangkaji terlebih dahulu.

5 Rukun Islam
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Solat lima waktu.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Membayar Zakat
5. Menunaikan Haji di Makkah

Alhamdulillah, inilah sedikit sebanyak yang Murni boleh kongsikan dengan para pembaca.
Semoga bermanfaat. InsyaAllah penulisan ini akan bersambung di kemudian hari, 

No comments:

Post a Comment