Tuesday, October 30, 2018

Dah cukup kuat?

26 November 2012

'Lelaki yang kuat adalah lelaki yang dapat mengawal kemarahan dan solat subuh berjemaah'..

Dulu pernah tulis dekat status.. Tapi kenapa? Adakah lelaki maskulin tak cukup kuat.. Hoho.. Bukan macam tu.. Solat Subuh adalah solat yang paling berat untuk dilakukan dan pastinya ramai yang akan terlajak.. Ada yang tiap-tiap hari “Subuh Gajah” je dan ade yang langsung terbabas.. Apatah lagi kalau nak berjemaah.. Memang sambung tidur la jawabnya.. Haha.. Persoalannya apa yang menyebabkan susah bangun subuh? Sedangkan solat subuh berjemaah merupakan antara 7 sunnah Rasulullah SAW.. Kenapa 7 sahaja? Bukan banyak ke sunnah Baginda? Haaaa.. Kita bukan nak mengehadkan sunnah Baginda.. Tetapi 7 sunnah ini merupakan perkara yang Baginda lakukan sepanjang hari dari bangun subuh hinggalah Baginda tidur semula.. Solat subuh berjemaah merupakan salah satu darinya.. 

Rasulullah pernah menyampaikan satu hadis di hadapan para sahabat apabila salah seorangnya tidak kelihatan ketika solat subuh.. 

"Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh.. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupun dalam merangkak.."  ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Aku pernah merujuk seorang Ustaz tentang mengapa sukar untuk solat subuh berjemaah.. Ustaz tu tanya.. Adakah ibadah kita itu sempurna? Aku taktau apa ustaz maksudkan.. Dia cakap kita solat 5 waktu sehari.. Betul.. Tetapi adakah solat kita diterima Allah SWT? Solat yang sempurna adalah solat yang SAH dan di TERIMA Allah.. Contohnya.. Kita jaga bacaan, makhraj dan tajwid.. Khusyuk dalam solat dan sebagainya.. Pasti solat kita diterima Allah.. Bukan sah semata mata.. Kekhusyukkan dalam solat paling sukar untuk dicapai sebab tahap keimanan kita tidak setanding para sahabat.. Namun tak mustahil.. Ustaz juga cakap.. Solat yang diterima juga bermula dari wuduk yang sempurna.. Adakah wuduk kita sempurna? Haaa.. Semua perkara ini berkait rapat dengan keimanan kita.. Kalau perkara ini tidak diambil serius, mana mungkin kita bangun subuh untuk berjemaah.. Syaitan mudah untuk menggoda supaya tidur balik.. :D

Untuk tips tips bangun subuh.. Boleh tanya Encik Google.. Seperti tidur awal, jaga adab tidur, baca kelebihan solat subuh, pasang loceng, suruh member simbah air.. InsyaAllah boleh, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU... :D  

by Khae

No comments:

Post a Comment