Hadis Dhoif
PERSOALAN TENTANG HADIS DOIF YANG DIHARAMKAN PUAK WASABI THE DISASTER....
Penanya : hadis doif tu apa?hadis sahih tu apa?macam mana nak beza antara duani?dan apa hukum beramal dengan hadis daif?
Wasabi: hadis doif itu hadis lemah,ianya lemah,lemah,lemah kerana perawinya penipu,fasik,bengap,pelupa dan sebagainya,jadi kita tak boleh pakai hadis doif,kena campak jauh-jauh,buang ke dinding,masuk dalam blender kisar sampai lumat dan campak dalam pinggan kucing,sekiranya kita bertemu dengan hadis doif,sila jauhkan diri dan beri amaran kepada semua orang agar jangan beramal dengannya,buat lah buku himpunan hadis-hadis daif untuk beri amaran kepada orang ramai,tak kira dia ahli hadis ke,ustaz ke,tukang kebun ke,tukang cuci jamban ke,dia layak untuk menulis buku tentang hadis dan taraf hadis kemudian sebarkan,jangan risau,kami(Wasabi) ada banyak rujukan hadis-hadis tak sah taraf yang disusun oleh Mr.Albany and the fabolous geng,kami juga ada buku-buku hadis yang ditulis oleh cikgu matematik,pilot robot transformer,tukang cuci pinggan,pak guard kilang,pemain bola keranjang,lelaki mata keranjang,dan raaaamai lagi...hukum beramal dengan hadis doif ini haram,bidaah,syirik,kufur,masuk neraka paling dalam bersama firaun..yang selalu pakai hadis doif ni orang-orang sufi,ulama-ulama ahlu sunnah wal jamaah,geng tahyul,khurafat,bidaah,syirik,geng tareqat,geng Syeikh Nuruddin,geng Imam Syafie,geng tahlil,geng talkin,geng kenduri arwah,geng baca qunut solat subuh,geng2 maulud,geng2 habib,budak2 tabligh,geng bas sekolah,geng dragon,geng tiger,geng kl gengster dan ramai lagi,jangan tertipu dengan mereka wahai sahabat....
Penanya: oooh macam tu,terima kasih encik Wasabi kerana membuka dan mengorek mata saya yang selama ini tertipu dengan hadis daif...
Tukang kebun: Sabar jap wahai encik penanya,jangan dengar cakap encik Wasabi yang kemabukan dengan tareqat zikir bida'ah ni...dia tengah high tu....baca dulu penerangan dari pihak ahlul sunnah wal jamaah....
sebenarnya hadis doif ke hadis sahih ke semua tu masalah perawi(penyampai)hadis...bukan masalah matan(ucapan asal dari nabi) hadis tu...asal hadissemuanya sahih,tapi disebabkan para perawinya contohnya dalam 10 perawi,ada seorang pernah kantoi menipu dan diketahui awam akan ke-kantoi-an-nya-dalam-penipuan-yang-nyata...jadi hadis tu bertukar status jadi lemah/daif....walaupun yang 9 lagi perawi tak pernah menipu,hensem,owsem,baik dan comel...
jadi peratus utk hadis tu sahih tetap besar kan?
perawi je yang masalah kan?
tapi ulama hadis sangat berhati2 dalam hal ni,sebab tu lah mereka klasifikasikan hadis kepada sahih,hasan,daif,maudhu,mungkar,ahad,mutawatir,mahsyur,mursal dan lain2.....yang mana2 betul2 sahih yakni perawinya tak de cacat cela sahaje yang mereka(ulama hadis) anggap sahih dan digunakan untuk hukum hakam,ibadat,akidah dan lain2 perkara wajib dan fardhu dan sunat...tapi tak bermakna hadis yang daif tu kita campak dalam longkang seperti mangkuk2 hayun wahabi/salafi buat....
seolah2 hadis daif tu hadis maudhu'(palsu)....
kalau hadis tu palsu,baru kita buang kat longkang,dalam lubang jamban pun takapa sebab ia hadis palsu,haram riwayatkan hadis palsu,konfem neraka kalauriwayatkan juga dan tahu statusnya kecuali kita sebut hadis tu untuk bagitau yang'hadis ni palsu'....hadis daif pulak tak boleh buat macam tu,dengan hadis daif kitakena adab,sopan,sebab hadis tu masih ada peratusan besar yang ianya juga mungkin sahih....
mungkin perawi yg dikenali sebagai menipu tu tak berani tipu dalam hadis tapitipu dalam jual beli je...
sama macam ustaz2 zaman sekarang la (contoh),pegi pejabat,curik main fb dalam pejabat,guna letrik pejabat,curik tulang tak buat kerja,bergurau senda dengan ustazah pilihan,kekeke kakakaka kukukuku sana sini....benda2 haram camtu ustaz tu buat kat tempat kerja..tapi bila malam dia bagi ceramah kat masjid,dia tak berani nak tipu atas nama nabi walaupun ustaz tu memang orang tak amanah sebab main fb time ofis guna letrik ofis dan fasik sebab bersosial dengan bukan mahram tanpa sebab...jadi ustaz tu tak layak merawikan hadis,kalau dia rawikan hadis,hadis tu akan jadi DAIF walaupun ustaz tu memang tak berani nak tipu guna nama hadis,bila mengajar,pakai hadis sahih je.....
Kalau orang-orang fasik zaman sekarang pun tak berani nak tipu atas namanabi,apatah lagi zaman dulu yang suasananya penuh dengan kerohanianagama,penuh dengan orang soleh,jadi boleh jadi perawi yang menyebabkansesebuah hadis tu jadi daif tu TIDAK MENIPU SEMASA MERIWAYATKAN HADIS....
MAKA!Atas sebab sangka baik inilah para muhaddis masih menyimpan hadis2 daif dan benarkan ia untuk diamalkan selain dari hal hukum hakam yang perlukan dalil qat'ie(jelas) bukan dalil zhonni(ragu)....
Seperti imam bukhari rah,terkenal seluruh dunia dengan kitab sahih bukhari yangulama gelar sebagai "kitab paling sahih dalam dunia selepas al-quran"...
Tapi dalam kitab beliau(imam bukhari) yang lain,beliau ada muatkan hadis2 daifseperti kitabnya yang bernama "adabul mufrad"....
Jadi dalam bab hadis daif ni...kita terima sepenuhnya,kita hormat,kita adab,cuma.kita tak guna ia untuk hukum hakam je sebab nak elakkan zhon(ragu2) dalam ibadat kepada allah dan fatwa....jangan jadi seperti swinging bowl wahabi yang sangat memusuhi hadis daif macam hadis daif ni syaitan pulak....kalau kat akhirat nanti,ratusan hadis yang dinilai daif oleh muhaddis tusebenarnya sahih disisi allah,tak ke kena campak neraka wahabi2 ni sebabdiorang pijak2 hadis doif macam hadis palsu??
Jadi kita ahlu sunnah wal jamaah ambil pendekatan sederhana dalam bab hadisdoif ni,tak ekstrim menerima dan tak ekstrim menolak....
akhir kata,jangan terlampau taksub dengan hadis daif seolah-olah ia riwayat tuhan,tapi jangan pula pijak-pijak ia seolah-olah ia riwayat syaitan...
jangan jadi bengap macam macam puak Wasabi yang terlampau longkangkan hadis daif...
dan jangan pula jadi mangkuk meggi macam puak pelampau sesetengah ahli bidaah seperti golongan brelwey(penyembah kubur wali) yang terlampau agungkan hadis daif...
kita ahlul sunnah wal jamaah sentiasa sederhana....
ada faham ka?
penanya: Waaaa!ini bukan bukak mata ni!ini hancur meletup mata ku bhaaaa....
No comments:
Post a Comment