Dalam silsilah peringkat dan tahap ulama ni ada beberapa tahap yang perlu kita ketahui:
1)Ulama Mujtahid mutlak
2)Ulama Mujtahid fil mazhab
3)Ulama Mujtahid fil masail
4)Ulama Ashabur takhrij
5)Ulama Ashabut tarjih
6)Ulama Ashab tamiz
7)Mufti
8)Maulana
9)Tolib ilm
10)Org awam
- Hanya mujtahid mutlak sahaja yang layak menyatakan "pada pendapat saya" berkenaan quran dan hadis
- Ulama2 mujtahid yang lain di bawahnya pula layak berkata "pada pendapat saya" berdasrakan usul2 yg telah diberikan ulama mujtahid mutlak..
- Ulama2 ashab pulak layak berkata "pada pendapat saya" dalam memilih mana2 pendapat sebelumnya yang dikajinya mempunyai dalil paling kuat dan paling sesuai dan dirajihkannya(dimenangkan)
- Sampai tahap ulama pling rendah iaitu mufti, kerjanya ialah buka kitab dan carik keputusan hukum yg telah dibincangkan oleh 6 kumpulan ulama besar tadi yang dinamakan sebagai qaul mufta bih(pendapat yang dijadikan fatwa muktmad).. Jadi mufti tak layak berkata "pada pendapat saya" sebab semua pendapat telah dibincang dan telah ada kata putus, mufti tinggal jadi posmen atau speaker untuk sampaikan apakah keputusan para ulama terdahulu.. Dan juga berbincang dengan usul2 ifta (ilmu keluarkan fatwa) untuk masalah2 baru/moden yang belum pernah wujud sebelumnya seperti hukum merokok, hukum talak sms dan lain2..
- Bawah pada mufti baru lah maulana iaitu ulama yang mempelajari 15 cabang ilmu untuk memahami sesebuah kitab dan telah khatam kutubusittah yakni 6 kitab hadis yang utama dalam islam dan juga menguasai ikhtilaf 4 mazhab..
- Bawah pada maulana ialah tolib ilm iaitu pelajar agama yang sedang mempelajari 15 cabang ilmu tu dan belum khatam kutubusittah yakni 6 kitab hadis yang sahih yg paling utama..
- Bawah pada tu ialah orang2 awam yang LANGSUNG tidak LAYAK untuk memberi komen tentang HUKUM bahkan HARAM bagi mereka untuk memberi pendapat dalam mana2 hukum, yang halal bagi mereka hanyalah dengar dan amalkan apa yang ulama sampaikan, dan mereka boleh sampaikan kepada orang lain dengan syarat ia diyakini sahih datang dari para ulama.. contohnya jika ust cakap arak tu haram, maka orang awam boleh untuk bagitau pada org lain bahawa arak itu haram..
Dari 10 golongan tadi, terpecah lah kepada 3 golongan manusia iaitu:
1. Muqallid: iaitu pengikut ulama tanpa belajar dalil-dalilulama itu kerana dia yakin ulama itu ada dalil yang dapatdipercayai.(Utk org awam dan tolib ilmu,thp ke 9 dan 10)
2. Muttabi: iaitu pengikut ulama beserta dalil agar menjadipembela kepaad mazhab ulamanya itu dan juga untukmengajar umat dan untuk menyangkal tuduhan-tuduhanglongan sesat.(Utk smua ulama ashab,mufti dan maulana,tahap4,5,6,7,8)
3. Mujtahid: iaitu ulama yg bertanggungjawab untukkeluarkan hukum yang mempunyai kelayakan dan kelayakanterendah ialah hafaz 300 ribu hadis Nabi beserta sanadsampai Rasulullah saw tanpa silap sepatah pun. Jadi, mustahilada mujtahid pada zaman ini. Mujtahid mutlak telah tamatpada zaman mutaqaddimin.(Utk ulama mujtahid thp 1,2,3)
So harap2 lepas ni, masing2 sedar diri lah ye..
#UIBO
No comments:
Post a Comment