Friday, November 2, 2018

Munajat Ramadhan :')



MUNAJAT RAMADHAN
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah. Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya Alim
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah, takdirkanlah yang baik baik untuk diri kami, janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu pintu rahmatMu untuk kami ya Allah.
Ya Allah Rabbul Jalil
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepaadMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, kami lupa kedapaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua. Justeru ya Allah, ampunilah semua dosa kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami. Setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami, kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah. Ya Rahman, pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami, kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan. Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.
Ya Allah
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat sahabat kami dan guru guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh. Golongkanlah mereka dalam orang orang kau redhai. Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu, maka kau ambillah kami dalam keadaan yang baik baik dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Azizz
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada dikalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada dikalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak anak yang taat dan berbakti. Sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha mendengar dan mengasihi.
Ya Allah Ya Malikal Mulk Ya Razak Ya Fattahu Ya Alim
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. Dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu. Sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram
Ya Allah, janganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang. Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Engkau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu Ya Allah. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa dosa kami. Ya Allah, temukanlah kami dengan lailatul qadr. Pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal dimalam al-Qadr. Ya Allah, terimalah amalan kami, terimalah taubah kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami disana nanti.
ani Junubi Africa kata Nabi saw sayang sama Yahudi sbb baginda saw doa utk hidayat pada mereka tapi benci cara hidup mereka. UMAT hari ni terbalik kot Benci Yahudi laknat Yahudi tapi Cinta dgn cara hidup Yahudi. Khuruj perbaiki diri di jalan Allah.
Bayan oleh Mufti Lutfi (indonesia) tentang qunut nazilah..
Katanya, Umat Islam dari dulu lagi baca qunut nazilah tiap kali umat Islam ditindas, dibunuh dan diseksa.. marah betul dengan yahudi. Qunut nazilah nak hancurkan musuh Islam, nak hancurkan yahudi kononnya. Tapi sampai sekarang Allah SWT masih tak izinkan dan puak yahudi tak hancur2 lagi dan masih lagi membunuh orang Islam di Palestin.

Mana silapnya?
Kenapa umat Islam masih susah nak dapat bantuan dari Allah sepertimana zaman Nabi dan para sahabat dulu? Yang sebenarnya kita tak dapat bantuan dari Allah sebab kita tak buat kerja yang jadi sebab dapat bantuan dan Rahmat Allah. Kita tak mulia dan jadi hina. Sebab kita tak buat kerja yang jadi sebab dapat mulia dan tidak hina.

Orang puak yahudi tak takut kalau kita lebih ramai dari mereka walaupun dengan jumlah yang berlipat kali ganda. Tapi puak yahudi ni takut bila mana semua orang Islam solat Subuh berjemaah di Masjid @ surau sama ramai macam mana solat Jumaat. Macam mana nak dapat bantuan Allah kalau umat Islam (lelaki) masih belum berhubung dengan masjid? Tidak berjemaah di masjid? Meninggalkan amal amal masjid? Sehinggakan kadang solat subuh pun terpaksa diqada'kan atau lebih sedih lagi ditinggal terus !

Macam mana nak dapat bantuan Allah kalau amal agama yg paling basic pun sudah gagal. Awas, kita tidak akan terlepas dari pertanyaan Allah, apa yg kita lakukan terhadap agamaNya. Disaat agama disiat-siat oleh umat Islam sendiri. Takkan nak jawab, sekurang-kurangnya saya dah doa dah. Saya dah salur bantuan ke tabung Gaza saya ambil peduli juga soal umat Islam.

"Sekurang-kurangnya" kamu cakap?

Saudara.

Sebenarnya terdapat perbezaan antara BANTU UMAT ISLAM dan BANTU ISLAM. Kamu beri sumbangan dan bantuan kepada umat Islam di Gaza, kamu baru bantu umat ISLAM, belum bantu ISLAM. Kamu beri sedekah dan bantuan pada pelajar-pelajar agama di Madrasah , kamu baru bantu umat Islam, kamu belum bantu agama Islam. Bantu umat Islam, orang kafir pun boleh buat. Ronaldo sanggup jual kasut emasnya semata-mata mahu bantu umat Islam di Palestin tapi dia belum membantu agama Islam.

Bagaimana nak bantu agama Islam?
USAHA ATAS IMAN YANG SOHEH dan USAHA ATAS AMAL YANG SOLEH.
Untuk diri sendiri dan juga orang lain.
Itu baru dinamakan, KITA TELAH BANTU AGAMA ISLAM.

Usahakan bagaimana suasana Iman di zaman para sahabat r.hum dapat kembali lagi.
Barulah bantuan Allah akan bersama kita. In shaa Allah

Adab

Kebelakangan ni, kita lihat umat Islam semakin biadab dengan ulama, ilmu agama bahkan kepada agama sendiri.
Setiap kali saya terlihat tulisan-tulisan yang menghina ulama atau institusi ulama, terasa bergetar satu badan.
Sedangkan agama ini wujud hasil dari titisan darah dan air mata Rasulullah...
Baginda berusaha dengan penuh tangisan untuk sebarkan cinta sesama muslim. Nabi mengajarkan kita untuk muliakan ulama, hormat yang tua, sayang yang muda.

Tapi hari ini, agama yang dibawa Rasulullah itu dicarik-carik, dikoyak-koyak, dipijak-pijak oleh penganutnya sendiri sambil masing-masing mendabik dada mengaku dialah pejuang agama yang paling mengamalkan sunnah.
Tidak bernilaikah air mata dan darah Rasulullah di hati kalian?
Tidakkah kalian punya kelembutan hati walau sedikit?
Tidakkah kalian terfikir yang baginda akan menangis teresak-esak dengan keadaan ini?
Mengapa kalian membenci kaum muslimin dan para ulama yang tidak mengikuti jemaah/persatuan/usrah dakwah kalian sedangkan kalian redha dan tiada apa-apa perasaan terhadap penyembah berhala dan orang kafir?
Sesungguhnya agama ini adab, dan tanpa adab, tiadalah agama. Walau ilmu setinggi gunung, walau fakir kerana seluruh harta diberi, walau ke hujung dunia keluar berdakwah, walau berzikir hingga dituduh gila.
Tapi jika semua itu membuatkan kita sombong, tiada adab pada ulama, tiada cinta pada kaum muslimin tanpa mengira jemaah. Maka hakikatnya orang-orang itu semua sangatlah jauh dari agama yang dibawa Rasulullah.
Sepertimana Iblis yang asalnya dialah paling alim, paling soleh, paling banyak pengorbanan, akhirnya dilaknat sampai kiamat hanya kerana biadap dan sombong.

Hari ini, dengan begitu mudah kita menuduh ulama yang tidak sealiran/tidak sejemaah sebagai penyembah kubur, ahli bidaah, kufur, kafir, musyrik, tak buat dakwah, tak faham agama, tak dapat hidayah, tak cinta sunnah, cinta dunia, gila dunia, ulama cari makan dan sebagainya...
Sedangkan tidak sesaat pun kita dihidupkan ke dunia ini oleh Allah untuk menjaga amal-amal orang lain!
Tapi kita dihidupkan untuk kita jaga diri kita sendiri dari azab Allah.
Ada orang yang tak mahu duduk dalam majlis ilmu dengan alasan ustaz yang mengajar tak ada janggut (tak amalkan sunnah).
Sedangkan kita tak akan ditanya Allah kenapa ustaz yang mengajar di tempat kita tu tak simpan janggut. Itu soalan Allah pada ustaz tu, bukan PADA KITA.

Tapi kita pulak pasti ditanya Allah kenapa kita bersangka buruk pada ulama, kenapa kita mencela ulama, kenapa kita meninggalkan majlis ilmu, kenapa kita tidak muliakan ulama, kenapa kita membenci ulama, kenapa kita tidak jalankan haq ulama dan macam-macam lagi akan disoal Allah.
Sama jugak seperti ahli maksiat, kita mengutuk, membenci dan mencela mereka kerana maksiat mereka. Sedangkan kita tidak akan ditanya kenapa mereka buat maksiat.

Tapi kita akan ditanya Allah kenapa kita mengutuk, mengumpat, mencela ahli maksiat tersebut.
Kezaliman orang lain pada kita bukanlah tanggungjawab kita, kezaliman kita pada orang lain itulah adalah tanggungjawab kita dan kita akan dibalas setimpal dengan kezaliman kita.

Jangan fikir kita alim, kita soleh, kita ahli dakwah, kita ahli zikir, kita ahli masjid maka kita boleh cela insan lain yang tidak seperti kita.
Kita hanya boleh cela dan benci maksiatnya sahaja, bukan pelakunya.
Rasulullah cinta dan kasih pada umat ini, walaupun mereka kafir.
Inilah SUNNAH yang ditinggalkan oleh hampir semua yang mengaku sebagai "pejuang sunnah".
Demi Allah, baginda menangis kerana ini....
Demi Allah hati ini rasa seperti akan meletup kerana terlampau rindukan baginda....
Note: Tak sabar nak pergi umrah bulan Mei ni, rindu nak berjumpa Rasulullah, rindu nak bercakap-cakap dengan Nabi, rindu nak mengadu hal umat di tepi kubur baginda, rindu nak ungkapkan kerinduan pada kekasih awal akhir. Semoga Allah terima saya dan para jemaah yang mengikuti saya sebagai tetamuNya tahun ini InsyaAllah.

Teringat masa kali pertama saya ziarah kubur Nabi, sambil menangismacam budak-budak saya cakap:
"Ya Rasulullah,
Wahai kekasih,
Wahai yang mengalirkan air mata untuk saya,
wahai yang alirkan darah untuk saya....
saya datang ni......
saya datang ni....
saya datang ziarah tuan ni....."
Rindu yang teramat sangat keadaan tu.... cry emoticon
Harap dipilih Allah lagi untuk pergi umrah tahun ni...

Umat IT

Ummat IT sekarang amat tinggi ilmunya sehingga mereka berani mengkaji semula hukum yang telah dipersiapkan oleh ulamak2 silam seperti Imam Syafie, Imam Nawawi, Imam Rafie, Imam Ramli, Imam Ibn Hajar dan banyak lagi ulamak2 yang menghabiskan hampir keseluruhan hidupnya utk ilmu dan agama.

Ummat IT yang belajar beberapa tahun di university dan membuat kajian melalui internet ciptaan Yahudi hari ini berani mendakwa ulamak2 tersebut mengeluarkan hukum berlawanan dengan hadis dengan alasan mereka(UMMAT IT) menjumpai hadis yang lebih sahih dari hadis yang telah digunakan oleh ULAMAK tersebut. Innalillahi wa inna ilaihiraaji'uun.. Bagaimana dakwaan ini boleh keluar dari benak fikiran mereka yang hanya belajar beberapa tahun di University dan sekadar membuat kajian melalui IT terhadap Ulamak yang hidup di zaman tabi'iin dan taabi'uttaabi'iin yang menghabiskn hampir seluruh hidupnya utk ilmu dan agama. Masuk akalkah dakwaan tersebut.

Sesungguhnya aku adalah insan yang bodoh. Aku bukan seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang hadis dan juga tafsir sehingga aku boleh mengeluarkan hukum dari quran dan hadis mengalahkan ulamak2 terdahulu. Aku hanya pengikut kepada ulamak2 silam yang aku benar2 meyakini apa yang mereka fatwakan sama sekali tidak akan lari dari kehendak alquran dan hadis. Aku teramat yaqin dengan ilmu yang di anugerahkan oleh Allah kepada mereka.

Kalaulah ada yg mengatakan ada hadis lebih soheh yang menolak hukum yang telah difatwakan oleh ulamak2 silam itu aku yang bodoh ini akan tetap menerima apa yang difatwakan oleh ulamak2 tersebut. Kerana aku tidak mampu menilai dan juga xmmpu memahami kehendak hadis melebihi mereka. Aku hanya pengikut bukan seorang penilai. Ya Allah..bimbinglah hambamu ini..

Dalil

Manusia akan bermusuh dengan apa yang mereka jahil, dan manusia akan memaksa orang lain untuk menyatakan sesuatu itu salah hanya kerana dia jahil bahawa ianya benar dan tidak mempelajari dalilnya. Orang lain tak belajar dalil, orang yang belajar dalil pula disalahkan. Kemudian yang tidak mengetahui dalil mencela yang mengetahui dalil dan apabila dicela kembali mereka kembali menjawab "apa salahnya aku bertanya dalil?".

Apabila kita bertanya dalil tanpa adab, ia sama seperti seseorang yang: "aku tahu semua dalil dalam dunia ni, tapi yang dia nyatakan ni aku tak tahu apa dalilnya, oleh sebab itu aku syak dia menyebarkan perkara palsu kerana apa yang dia nyatakan itu tidak pernah dipelajari aku, maka aku akan mengugutnya agar berikan aku dalil dengan tidak beradab agar dia takut pada masa hadapan dia tak akan lakukan lagi perkara ini."

Padahal masalahnya itu adalah dirinya, dia merasakan dirinya sudah mengetahui seluruh ilmu dalil sehingga dia layak untuk bertanya dengan bongkak "apa dalilnya!?" seolah-olah dia tahu semua kitab dan dari mana semua dalil di ambil. Jadi apabila seseorang itu tidak tahu apa dalilnya, dia harus tawadhuk dan bertanya baik baik dan nyatakan bahawa dirinya masih jahil dalam hal ini, dan mohon ajarkan aku.

Oleh sebab itu saya tak layan soalan dalil, maaf. Ilmu itu didatangi, bukan mendatangi. Saya bersahabat dengan khadim ilmu, bukan dengan orang yang sombong dengan ilmu.

Atas sebab itu para makaatib dan musannif membahagikan kitab-kitab tulisan mereka kepada beberapa bahagian iaitu matan (kitab tanpa dalil), syarah (kitab berserta dalil) dan hasyiah (nota nota kaki yang penting selain dalil). Ulama hanya mengajarkan "matan" kepada orang awam kerana itulah level orang awam dan sekiranya mereka nak lebih, mereka perlu tawadhuk kan diri dan pergi menjadi tolabhul ilmu (pelajar agama), bertemu ulama, dan ngaji kitab "syarah". Itulah tertibnya. Tertib yang digunakan selama ribuan tahun oleh ulama.

Contohnya ketika kita belajar agama di sekolah sekolah, kita akan diajar buku teks yang bersifat "matan" (tanpa dalil), kita diajar rukun solat, perkara batalkan solat dan sebagainya TANPA DALIL ! Dan itu bukan bermakna pengarang "matan" itu BODOH TENTANG DALIL ATAU BERCAKAP TANPA DALIL. Bila dah habis sekolah, baru kita masuk U dan belajar bidang agama tu secara khusus, disitulah kita pelajari "syarah". Maka adalah menyalahi adab dan sangat biadap apabila seseorang yang belajar "matan" melenting mahukan dalil sedangkan levelnya hanyalah level awam yang hanya belajar "matan".

Bukanlah kita marah apabila dalil diminta, cuma kita tak layan je orang yang suka "potong que" ni, sebab kalau semua "peminta dalil" dilayan, mereka akan bertambah sombong dan bongkak dan menunggu "spoon feeding" hanya bermodalkan ayat "apa dalil?". Itu menyebabkan mereka MALAS BELAJAR sehingga semuanya perlu "disuap".

Contohnya seseorang yang bongkak mempersoalkan "Apa dalil sentuhan lelaki dan wanita itu membatalkan wudhu?". Secara teknikalnya, semua yang mempelajari ilmu agama secara berdisiplin PASTI AKAN TAHU APA DALILNYA kerana ia antara ilmu yang PALING ASAS untuk mereka ketahui. Tetapi si "peminta dalil" tadi tu tak belajar dan tak mahu belajar dan bongkak bertanya apa dalilnya seolah olah fatwa itu TIDAK BERDALIL. Sungguh ini sangat menyalahi adab ilmu dan ulama. Orang orang seperti inilah tak patut dilayan.

Sama macam hal : "Tidaklah alam ini dicipta jika bukan kerana muhammad." Kalam itu teramatlah mahsyur bagi pelajar agama khasnya pelajar hadis, untuk seseorang pelajar agama tidak mengetahui dalil dari kalam itu merupakan sesuatu yang SANGAT AIB kerana ia merupakan ilmu yang sangat ASAS. Tiba-tiba "ilmu asas" itu diserang dengan sombong oleh seseorang tanpa adab seolah-olah ianya kalam batil yang tidak pernah didengari selama ni.

Oleh sebab itu Allah berfirman: "Apakah sama seseorang yang berilmu dengan tidak berilmu?"

#UIB

Isu Kalimah Allah 2

P/s: HARAP DAPAT BACA APA YANG SAYA UTARAKAN DI BAWAH INI TANPA MENGKAITKAN DENGAN ISU POLITIK (PARTI). BACA DENGAN HATI YANG TERBUKA DEMI KEPENTINGAN AGAMA.

Rupanya masih ada lagi dikalangan mereka yang mengaku Islam diluar sana yang menjadi keliru dan beku dalam isu kalimah ALLAH. Pelbagai persoalan dilontarkan sehingga ada yang melakukan syirik tanpa menyedarinya. Lebih parah ada yang menjadi kufur tanpa sedar. Semuanya akibat mempolitikkan isu ini. Ada yang terlalu ghairah nak mencari populariti, walau bergelar agamawan dan ilmuwan dengan ijazah berjela sampai PhD pun ada; tetapi tenggelam dalam kesyirikan dan kekufuran. Mereka bukan sahaja syirik dan kufur, malah mensyirikkan dan mengkufurkan pengikut dan penyokong mereka, na'uzubillah.

Antara isu dan persoalan yang mereka bangkitkan untuk menghalalkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH adalah seperti berikut:

1. 'Arab kristian dah lama pakai! 

Tiba-tiba semua orang jadi pakar bahasa 'arab. Siap dengan segala analisa dan kupasan, tanpa sedikit pun menyedari bahawa bahasa 'arab dan bahasa Melayu sangat berbeza. Dalam bahasa 'arab, terjemahan bagi perkataan 'god' ialah. 'allah'. Ini kerana sejak Adam a.s lagi, perkataan god yang diketahui mereka ialah allah. Kalimah ALLAH dalam bahasa arab ditulis seperti berikut: ﺍﻟﻠﻪ

Dalam bahasa arab, mereka tidak membezakan antara nama am (common noun) dengan nama khas (proper noun) melalui tulisan, berbeza dengan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Bagi kita orang Melayu, kita boleh membezakan antara nama am dengan nama khas melalui tulisan, walaupun ejaan dan bunyinya sama. Contohnya:

Perkataan 'bush' dengan 'Bush'.

Apa perbezaan antara kedua perkataan ini?

Ejaan dan bunyi sama sahaja. Tetapi bila melihat tulisan perkataan 'bush', kita orang Melayu terus faham itu adalah 'nama am' bermaksud semak.

Tetapi bila melihat tulisan 'Bush', kita tahu itu nama khas, nama orang, nama bekas Presiden Amerika!

Bahasa Melayu membezakan 'nama am' dengan 'nama khas' melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.

Tetapi dalam bahasa arab, tidak ada perbezaan penulisan perkataan. Perkataan nama khas 'Allah' dan nama am 'allah' ditulis sama sahaja iaitu: ﺍﻟﻠﻪ

Orang arab bila melihat tulisan itu mereka faham jika yang menyebutnya bukan Islam, mereka faham itu terjemahan nama am bagi perkataan 'god'. Atau dalam tulisan rumi, mereka faham 'allah' itu ialah ganti nama am perkataan 'god'. Tetapi bila yang menyebutnya Muslim, orang Islam, mereka faham itu nama khas bagi God; atau lebih tepat dalam tulisan rumi bahasa Melayu 'ALLAH'.

Itulah perbezaannya. Ini namanya 'uruf al-balad. Kefahaman setempat. Apa yang difahami di Arab tidak sama dengan apa yang difahami di Malaysia. Walaupun perkataan itu sama. Bila orang arab sebut haram, itu mereka faham sebagai Mekah atau Masjid Nabawi. Tetapi orang Melayu faham lain.

Bila orang Indonesia sebut 'Bapak Anuar membutuhkan Pak Khalid', orang Indonesia faham Bapak Anwar memerlukan Pak Khalid. Tetapi bagi Melayu Malaysia, itu maksudnya Bapak Anuar meliwat Pak Khalid (perumpaan sahaja tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup apatah lagi yang dah padam)!

Lain padang, lain belalang. Lain tempat, lain kefahamannya. Itulah 'uruf al-balad. Sebab itu kita tidak boleh kata memandangkan kristian arab pakai kalimah 'allah', maka kristian Malaysia sini pun boleh pakai.

Bagi orang arab, ini persoalan bahasa. Bagi kita ini soal aqidah, nama ketuhanan.

2. Jadi apa nama tuhan yang diguanakan oleh arab kristian?

Sebab itu bila kita tanya orang kristian arab apa nama tuhan dia, mereka tidak akan sebut 'ALLAH'. Sebaliknya mereka akan sebut seperti berikut:ﺑﺎﺳﻢ ﺍﻵﺏ ﻭﺍﻻﺑﻦ ﻭﺍﻟﺮﻭﺡ ﺍﻟﻘﺪﺱ

Atau dalam tulisan rumi ditulis seperti berikut: Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūḥil-Qudus; Dengan nama Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Kudus; In the name of The Father, The Son and The Holy Spirit!

Dan orang arab kristian tidak menggunakan nama 'Jesus' sebaliknya mereka menggunakan perkataan Al-Masīḥ atau ﺃﻟﻤﺴﻴﺢ atau Yasu - iaitu terjemahan perkataan atau Yeshua dalam bahasaHebrew. Jadi kita orang Melayu tidak sepatutnya keliru atau dikelirukan dengan hujah sesat menyatakan memandangkan kristian 'arab boleh pakai kalimah allah, maka kristian Malaysia pun boleh guna!

Itu adalah pendapat yang sesat lagi menyesatkan!

3. Kenapa kristian tidak terjemah gantinama 'god' dengan perkataan lain?

Itulah yang menjadi persoalannya sekarang. Perkataan 'god' dalam Bahasa Inggeris sepatutnya dan betulnya bila diterjemahkan ke Bahasa Melayu ialah dengan menggunakan perkataan 'tuhan', bukan 'allah'. Kita orang Melayu tidak terjemah perkataan 'God The Father, God The Son & God The Holy Spirit' dengan 'Allah Bapak, Allah Putra & Allah Roh Kudus'.

Kita tahu itu tidak betul. Sepatutnya diterjemahkan dengan betul ke Bahasa Melayu dengan perkataan 'Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Tuhan Roh Kudus'. Itu baru betul! Atau mereka boleh terjemah menggunakan perkataan Hebrew iaitu Eli atau Eloi atau Elohim(semuanya bermakna 'god' dalam bahasa Hebrew dan memang digunakan dalam Kitab Perjanjian Lama sehingga sekarang). Maka ia akan jadi 'Eli Bapak, Eli Putra & Eli Roh Kudus'.

Kenapa mereka berdegil mahu terjemah perkataan 'god' dengan menggunakan kalimah ALLAH saya pun tidak tahu! Adakah mereka mempunyai agenda tersirat?

Tetapi kalau ikut pendedahan majalah mereka sendiri iaitu Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan:

“penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka meemahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.


4. Habis macam mana kristian nak nyanyi lagu Negeri Kedah?

Ada yang lebih teruk berhujah, kalau macam tu kristian dan non-muslim lain tidak boleh lah menyanyikan lagui negeri Kedah!!!

Lirik Lagu Kebesaran Negeri Kedah

Allah Selamat Sultan MahkotaBerpanjangan Usia Di Atas TakhtaMemelihara Agama Nabi KitaNegeri Kedah Serata-rata

Saya sampai menggelengkan kepala bertanya,awat lah hangpa boleh jadi bengong sampai macam tu?

Jawapannya mudah sahaja. Dalam konteks lirik lagu Negeri Kedah diatas, kalimah ALLAH dalam lirik ALLAH selamat Sultan Mahkota itu membawa maksud ALLAH Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu.

Sesiapa pun yang menyanyi lirik lagu itu faham, atau kena faham ianya membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu!

Ia tidak pernah bermaksud, dan tidak diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Tiga Dalam Satu, Allah Triniti, Allah Bapak, Allah Putra & Allah Ruh Suci!!!

Bukan...bukan...bukan!!!

5. Lencana Polis, Askar macam mana?

Ada juga memberi hujah yang kurang cerdik; habis polis bukan Islam pakai lambang atau lencana ada kalimah 'ALLAH' macam mana?

Sekali lagi, seperti soalan lagu Negeri Kedah, kalimah ALLAH yang tertera di lencana polis, tentera atau mana-mana di Malaysia ini membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu. Ia tidak pernah bermaksud, atau diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga Dalam Satu, atau Allah Bapak, Allah Putra & Allah Ruh Kudus!!!

Samada yang memakai lencana tertera kalimah ALLAH itu bangsa Melayu, Cina, India, Punjabi, atau beragama Islam, Kristian, Hindu, Budha, Sikh atau Tao; maksud kalimah ALLAH dilencana atau lambang polis, tentera dan lain-lain itu ialah ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu!

6. Dalam Al-Quran kafir sebut kalimah ALLAH!

Ini hujah yang cukup popular dikalangan peliwat democrazy dan para parasit pelesit dan yang sewaktu dengannya!

Mereka akan mencemek bibir sambil berkata, Allah sendiri berfirman dalam Al-Quran seperti berikut:

'Dan sesungguhnya jika engkau (Muhammad) bertanya kepada mereka (kafir dan musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan(untuk faedah makhluknya)?. Sudah tentu mereka akan menjawab ALLAH. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan ALLAH dan memtauhi perintahNya?'. Al-Ankabut: 29-61 (rujuk juga Al-Ankabut: 29:63-66)

Maka bertempiklah para peliwat democrazy dan parasit pelesit dengan penuh ketakburan! Tengok, ALLAH sendiri kata kafir guna kalimah ALLAH dalam menjawab soalan yang ditanya!

Dalam ayat-ayat seperti ini, kalimah ALLAH digunakan dalam bentuk rubbubiyah; dalam bentuk sifat. Sifat ALLAH sebagai. pencipta langit, sifat ALLAH sebagai pencipta bumi, sifat ALLAH sebagai penurun hujan, sifat ALLAH sebagai pemberi nyawa, sifat ALLAH sebagai pencipta matahari, bulan, bintang, cakrawala, lembu, unta, dan macam-macam lagi sifat ALLAH. Kalau non-Muslim hendak menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk rubbubiyah, pakailah. Kita tidak ada masalah. Cuma jaga adab dan syarat penggunaan. Seperti jangan pakai dalam toilet, jangan pakai sambil nak beli nombor ekor, jangan guna masa nak berliwat atau berzina, jangan pakai masa nak makan babi, dan lain-lain syarat seperti yang ditetapkan syara'.

7. Habis tu, kenapa kita larang kristian gunakan kalimah ALLAH?

Kita menentang kristian di Malaysia ini guna kalimah ALLAH kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk uluhiyyah, iaitu dalam bentuk i'tiqad atau aqidah.yang syirik dan kufur! Iaitu mereka mengatakan ALLAH itu Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga-Dalam-Satu, Allah Bapak, Allah Anak & Allah Ruh Kudus.

Mereka telah, samada dengan sengaja atau tidak, telah menyalahgunakan kalimah ALLAH!

Mari kita lihat bagaimana contoh-contoh kalimah ALLAH yang telah disalahgunakan untuk membawa maksud yang mensyirikkan, bahawa kalimah ALLAH itu adalah Allah-Hus-Salis, Allah Triniti – Tuhan Tiga Dalam Satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Kudus.

Disebut dalam terjemahan Al Kitab Injil (ms 197 ayat 25-27) 

“Akulah yang memberi hidup dan membangkitkan orang mati”, kata Yesus kepada Marta. “Orang yang percaya kepada Ku akan hidup, walaupun ia sudah mati. Dan orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya tidak akan mati. Percayakah engkau akan hal itu. “Tuhan,” jawab Marta, “saya percaya Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang kedunia ini”.

Disebut alam terjemahan Al Kitab (ms 379 ayat 9):

“jika Peti Perjanjian itu dibawa kearah negerinya sendiri, iaitu Bet-Semes, itu bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah mendatangkan celaka yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju kesana, kita akan tahu bahwa musibah itu bukan dari Allah Israel, melainkan kebetulan saja”;

Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 246 ayat 13):

“hormatilah TUHAN, Allahmu, dan berbaktilah kepada Dia sahaja, dan bila kamu bersumpah, lakukanlah demi nama Nya saja”;Lafaz dalam upacara baptis berbunyi “saya membaptiskan kamu dengan atas nama Allah Bapa, dengan atas nama Allah Putera dan dengan atas nama Allah Ruh Kudus”;

Risalah menyebut “Rencana Allah Untuk Menyelamatkan Kita Dari Dosa Ialah Dengan Mengutus Anaknya Yang Tunggal”;

Risalah menyebut “Yesus Adalah Allah Dalam Bentuk Manusia”;

Risalah bertajuk “Allah Pilih Pemimpin” menceritakan ketuhanan triniti;

Risalah bertajuk “Firman Allah Hidup” menceritakan tentang bible;

Risalah bertajuk “Jalan Kepada Allah” menceritakan tentang pengutusan Jesus;

Nama sebuah gereja iaitu Gereja Katolik Santa Maria Bonda Allah;

Nama sebuah gereja iaitu Gereja Kristus Domba Allah;

Nama sebuah gereja iaitu Gereja Sidang Jemaat Allah;

Nama sebuah gereja iaitu Gereja Allah Itu Kasih; Tajuk lagu “Allah Peduli” dengan lirik menyebut 

“Allah mengerti,Allah peduli, Segala persoalan yang kita hadapi, Tak akan pernah dibiarkannya, ku bergumul sendiri, SebabAllah Yesus ku mengerti” nyanyian Agnes Monica;

Tajuk lagu “Harapan Bangsa” dengan lirik menyebut:

“Bapa engkaulah harapan negara ini, Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia, Yesus engkaulah harapan segala bangsa, Nyatakanlah kebenaran mu” nyanyian Jaclyn Victor.

Sedangkan ALLAH telah berfirman dengan cukup jelas didalam Al-Quran:

"Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata 'Sesungguhnya ALLAH ialah Isa Al-Masih ibnu Maryam'. Pada Isa Al-Masih sendiri berkata, 'Wahai Bani Israel, sembahlah ALLAH, Tuhankudan Tuhanmu, bahawa sesiapa yang menyengutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, maka ALLAH pasti mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka. Sesungguhnya tiada seorang pun penolong bagi kaum yang zalim.

Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata,'Bahawasanya ALLAH ialah satu daripada tiga tuhan.' Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang yang kafir antara mereka akan dikenakan azab yang pedih". Surah Al-Maidah:72-73

Jadi bagi kita umat Islam ini adalah soal aqidah!Ini soal keimanan! Ini soal kepercayaan! Ini soal perintah ALLAH!

Atas sebab itulah kita menentang! Itu sebabnya kita melarang! Dan kita tidak akan berkompromi walau sebesar habuk pun dalam isu ini!

8. Kalimah ALLAH bukan hakmilik mutlak orang Islam!

Memang benar kalimah ALLAH bukan milik umat Islam. Kalimah ALLAH bukan milik Nabi Muhammad saw. Kalimah ALLAH bukan milik UMNO. Kalimah ALLAH bukan milik PAS. Kalimah ALLAH bukan milik Mahkamah!

Betul...betul...betul!!!

Jadi siapa pemilik kalimah ALLAH?

Jawapannya mudah.

Pemilik kalimah ALLAH ialah ALLAH sendiri!

Dialah Pemilik mutlak kalimah itu. Dan hanya Dia yang berhak mutlak memberi kebenaran siapa yang boleh menggunakannya. Dan hanya Dia yang berhak mutlak memberi syarat penggunaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan cara penggunaaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan deskripsi kalimah itu! Hanya Dia -ALLAH swt!!!

Dan Dia telah menegaskannya dengan cukup jelas tanpa sebarang keraguan sedikit pun didalam Al-Quran:

1) Katakanlah bahawa (kalimah) ALLAH itu (bermaksud) Maha Esa (Yang Satu);

2) (Dan sifatnya ialah) kepada ALLAH tempat segala sesuatu bergantung;

3) Dia ALLAH tidak beranak, atau diperanakkan;

4) Dan tidak ada sesuatu apapun yang setara atau sekufu dengan ALLAH!

Al-Ikhlas: 112:1-4

Jadi Pemilik Mutlak kalimah ALLAH telah menegaskan bahawa kalau mahu mengguna kalimah ALLAH persilakan tetapi mesti merujuk kepada empat syarat iaitu:

1) Dia hanya Satu; 2) Dia tempat bergantung segala makhluk; 3) Dia tidak ada anak; 4) Dia tidak ada sekutu!

Sebaliknya bila kristian mahu mengguna kalimah ALLAH ia berubah menjadi bentuk syirik dan kufur seperti berikut:

1) Katakanlah bahawa ALLAH itu Tiga-Dalam-Satu;

2) Kami bergantung kepada Jesus (untuk penebus dosa dan lain-lain);

3) Bahawa ALLAH ada anak bernama Jesus;

4) Bahawa Ruh Suci (malaikat) itu sekutu dan setara dengan ALLAH;

Maka jelas sejelas-jelasnya bahawa maksud yang dibawa oleh kristian dalam penggunaan kalimah ALLAH adalah bercanggah sama sekali dengan maksud yang Pemilik kalimah ALLAH itu sendiri nyatakan!

Rumusan: jadi apa pendirian kita?

Pendirian kita umat Islam ialah berpegang semula kepada Al-Quran. Dan jelas didalam Al-Quran ALLAH menyebut:

Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap ALLAH kecuali yang benar. Sungguh, Al Masih 'Isa putra Maryam itu adalah. utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimah Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari Nya. Maka berimanlah kepada ALLAH dan Rasul Nya dan janganlah kamu mengatakan "(ALLAH itu) Tiga (triniti)". Berhentilah (dari berkata sedemikian). Itu lebih baik bagimu.Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dia dari (tohmahan) mempunyai anak. Milik Nya apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi. Dan. cukuplah ALLAH sebagai Pelindung(An-Nisaa' 4: 171).

Tugas dan tanggunjawab kita umat Islam ialah bukan dengan bersekongkol atau bersetuju atau meredhai perbuatan mensyirikkan ALLAH yang boleh membawa kepada kekufuran ini. Jangan kita beriya-iya punya nak sokongan dan undi mereka sampai sanggup menggadai aqidah dan keimanan, konon bertaqqiyah untuk mendapatkan kuasa. Tak boleh. Kita bukan syiah yang sanggup dan boleh bertaqqiyyah, walau dalam soal aqidah! Kita ahli sunnah wal jamaah patutnya cukup jelas pendirian dan pegangan kita. Tidak perlu kita bersorok-sorok, main aci-aci bukak pintu semata mata kerana gila undi, gila kerusi! Sampai bangga dipanggil Mat Gereja!!!

Tugas dan tanggunjawab kita pertama ialah dengan mencegah kekufuran, kesyirikan dan kemungkaran besar ini. Kerja kita ialah memperbetulkan penyalahgunaan kalimah ALLAH ini.

Maknanya kita kena turun padang. Pergi jumpa dengan mereka, terutama penganut kristian. Malah ini merupakan satu peluang untuk kita melaksanakan tugas Rasulullah saw - DAKWAH! Beritahu mereka dengan jelas; kalimah ALLAH yang kamu gunakan itu sebenarnya dan sepatutnya membawa maksud ALLAH Tuhan Yang Satu, ALLAH yang kita bergantung sepenuhnya kepada dia (bukan makhluk atau patung atau haiwan dan lain-lain); bahawa ALLAH itu tidak ada anak dan tidak ada bapak; dan ALLAH itu tidak ada yang sama setaraf dan sekufu dengan dia!

Nah, itulah kerja dan tugas kita. Jangan cakap sahaja, keluar dan laksanakannya. Kata Nabi saw,ballighuu 'anni walau aayah - sampaikan daripada ku walau sepotong ayat! Semoga ALLAH swt memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita, memelhiara keimanan dan aqidah kita, dan memberikan kita kekuatan istiqomah mengharungi zaman fitan ini insya ALLAH...

~Semua tulisan ini ditulis oleh abang angkat kesayanganku yang bernama Maulana Usamah Muhammad Al-Yamani Al-Mablesi Al-Comeli Al-Banyak Bidadari~  wkwkwkwk~

Note: dah cukup panjang kot penjelasan ni,kalau tulis note lagi nanti berpinar mata korang nak baca.

Isu Kalimah Allah 1

*status ini merupakan status lama saya di fb lama saya yang telah dihacked dulu, tapi kali ni saya tambah lagi pelbagai jenis cili-cili yang pedas.Saya repost semula kerana isu ni timbul balik dan disokong pulak oleh para pengkhianat agama yang bernama WAHHABI dan para sekutu Freemason yang lain.*

Tiap kali saya online, soalan sama yang sering menyerang ialah berkenaan kalimah allah digunakan orang kristian...hmmm...

Ada yang haramkan,ada yang haruskan,ada yang berbaur politik ada yang berjuang pada kebenaran dan kerisauan terhadap umat...

Apa yang saya lihat ialah dalam masalah macam ni,yang terbaik ialah kita terima kedua2 pendapat dan ambil jalan tengah yang adil dan saksama....

Ulama A cakap HARUSUlama B cakap HARAM

Ibnu Batoota pulak cakap...

Asal hukumnya tu harus sebab tidak ada pengharamannya yang jelas dan jelas juga dalam quran menyatakan yang orang2 kafir pun sebut nama "allah",jadi hukum asalnya jadi HARUS...dan inilah pendapat ulama A...

Tapi kita kena lihat pula keadaan di MALAYSIA ni,adakah hukum harus tu sesuai atau tidak?

Kena faham realiti berikut:

1)Kenapa paderi kristian kat malaysia ni TIBA-TIBA timbulkan isu ni?Sebelum ni tak de masalah pun?

2)Kenapa mereka beria-ria sangat nak pakai kalimah Allah tu sedangkan sebelum ni tak kecoh pun?Adakah mereka sedang merancang sesuatu yang buruk untuk umat Islam...?

3)Kalau kristian pakai kalimah allah,nanti mereka akan tulis banyak artikel tentang 'agama' dan hias ia dengan nama ALLAH dan orang2 islam yang jahil yang telah tersedia keliru dengan islam, wahabi, syiah bertambah2 keliru dgn kristian pulak, last2 pakat murtad belaka.

4)Gereja-gereja pula akan dihiasi dengan nama Allah, salib akan ditulis nama allah,di kubur kristian ada nama allah,di keranda kristian ada nama allah,dalam tandas pun main masuk je dengan nama allah,dan kita semua tahu nama allah itu suci.Patut ke kita biar?Di depan gereja pula akan tertera papan tanda "ISA itu anak ALLAH",bagi saya perkataan tu sangat pedih di hati berbanding perkataan "ISA itu anak TUHAN" (kecuali bagi orang yang celaka dan tak ada iman,mereka tak akan faham kepedihan yang saya maksudkan),kalau anak2 kecil kita baca,akan terngiang di fikiran mereka yang nabi isa itu anakALLAH,sedangkan kalau guna lafaz "tuhan" kita boleh pandai2 pusing dan jelaskan kat anak kita.

5)Uruf di Malaysia, nama Allah itu merujuk kepada tuhan orang islam, semua orang faham macam tu, kalau kristian pun pakai nama allah, maka orang jahil akan samakan islam dengan kristian, sekarang ni nampak jelas islam dan kristian tu berbeza,jadi itu lebih selamat, tapi bila2 agama ni mula dianggap sama, gejala murtad TANPA SEDAR dan secara SEDAR pula akan menjadi2(Note: Apabila seorang Muslim berkeyakinan bahawa Islam dan Kristian itu SAMA, maka Muslim itu menjadi MURTAD serta merta samada dia tahu tentang hukum ini atau pun tidak,seluruh amalannya tidak diterima).

6)Sekarang ni umat Islam bergaduh kerana berbeza fahaman politik, kerana syiah, kerana wahabi,salafi,hizbut tahrir,muktazilah dan sebagainya,tak mustahil nanti datang pula orang2 melayu kristian dakyahkan agama mereka secara terbuka dan semua keliru mereka ni kristian ke islam,sama seperti orang keliru antara wahabi, syiah dan islam.

7)Asal kalimah "allah" ni dari lafaz "ilah" yang bermaksud "tuhan" secara umum,kemudian diletakkan alif lam ma'rifah di depannya atas maksud pengkhususan maka menjadilah "allah" yang bermaksud "tuhan yang khusus/satu"..jadi orang kafir pada zaman nabi guna kalimah "allah" sebab itu BAHASA MEREKA,tak kan mereka nak pakai perkataan "tuhan" pulak...?sebab tuhan tulafaz bahasa melayu,apabila yang dimaksudkan orang kafir ketika itu ialah "tuhan" maka lafaz yang terbaik untuk digunakan orang kristian di malaysia ialah "tuhan" bukannya "allah" kerana "allah" di malaysia bukan dimaksudkan sebagai tuhan yang umum seperti kafir musyrikin zaman nabi maksudkan,tapi "allah" di malaysia ni khusus merujuk kepada nama tuhan orang islam,jadi bila had uruf tu dilanggar,kekeliruan besar akan melanda terutamanya kepada orang jahil.

8)Pada sangkaan saya,orang kristian sengaja timbulkan hal ni untuk lebarkan lagi sayap dakyah mereka untuk mengkristiankan seluruh tanah melayu,dan mereka tahu akan ramai yang akanmurtad bila mereka berjaya menggunakan nama allah dalam agama mereka sebab orang2 jahil akan anggap SAMA agama Islam dan kristian,dan anggap ia cuma khilaf beberapa perkara tapi tetap bertuhankan TUHAN yang SAMA,dakyah seperti inilah yang sering digunakan puak syiah yang kononnya syiah dan sunni tu bersaudara sebab bertuhankan "ALLAH" dan cuma berbeza pendapat dalam beberapa hal..bukan kah ini kekeliruan yang besar?sedangkan ulama Islam sepakat bahawa syiah ini kafir dan tak sama dgn islam,tapi disebabkan syiah pakai istilah2 islam,pakai kalimah allah,pakai pakaian orang islam,maka mereka dilihat sbg orang islam jugak,akhirnya mereka jadi musuh dalam selimut,sedangkan kristian sekarang ni adalah musuh islam LUAR selimut, tapi kalau mereka mula guna istilah2 islam seperti kalimah ALLAH, maka mereka juga akan dianggap sbg sebahagian dari orang islam juga dan akhirnya jadi musuh dalam selimut seperti syiah,maka ketika tu ramai akan murtad tanpa sedar sebab menyokong kristian?Terutamanya golongan orang asli yang tak didedahkan dengan dunia luar,mereka akan anggap islam dan kristian ni sama sebab sama2 bertuhankan "allah"?

9)Tidak ada apa-apa kesan baik pun untuk mengharuskan penggunaan kalimah tu untuk orang kristian,(mungkin ada kesan bagi parti politik, mereka yang sokong kristian,mungkin akandapat sokongan orang kristian pulak, maka celakalah dengan sebesar besar besar kecelakaan bagi golongan yang menjual agama kerana gila kuasa)tapi kesan buruknya terlampau banyak pada ummat islam di malaysia khususnya.

10)Kesimpulannya,dari segi nas,dalil,memang tak haram mereka nak pakai nama allah,tapi dari segi uruf dan kesan-kesan buruknya,maka lebih baik diharamkan mereka gunakan ia sebab kita yakin mereka perjuangkan hak penggunaan kalimah allah tu atas niat yang tak baik terhadap agama kita,jadi sekiranya ulama A cakap agama kita tak haramkan,maka kita setuju,agama kita tak haramkan,tapi kita sokong ia diharamkan atas kuasa kerajaan untuk mencegah kerosakan umat yang bakal berlaku.Contohnya tak da dalil pun budak2 sekolah kena pakai uniform sekolah,tapi kenapa kerajaan wajibkan?memang agama kita tak wajibkan uniform,tapi ia diwajibkan atas peraturan negara,so untuk kalimah allah ni,walaupun agama tak haramkan,tapi kita patut sokong peraturan negara tak benarkan ia diguna orang kristian sebab kesan buruknya terlampau banyak.

11)Kita semua tahu majoriti orang malaysia malas menuntut ilmu,mereka suka hidup dalam kemewahan, senang lenang, duduk depan laptop dan carik agama dari internet sambil mempertikaikan ulama silam (yang seluruh hidup mereka digunakan untuk agama), kalau sekarang ni pun dah terlampau banyak ajaran sesat dari ulama palsu kat internet dan sesatkan ramai orang,lepas ni orang-orang kristian pulak akan tulis banyak artikel agama dalam bahasa melayu yang gunakan nama allah,bertambah-tambah sesat la umat malaysia ni.....

12) Golongan Freemason laknatullahi'alaihim ajma'in (semoga Allah melaknat mereka dan macai-macai mereka dengan sedahsyat-dahsyat laknat) telah pun buat "eksperimen" penggunaan kalimah Allah oleh orang kristian di Indonesia. Hasilnya? Umat Islam Indonesia yang bangga dengan populasi tertinggi muslim dunia satu masa dulu telah merudum jatuh menjunam puluhan peratus populasi Muslimnya kerana jutaan rakyatnya murtad menjadi kristian kerana keliru dengan ajaran Kristian dan Islam yang sama-sama guna nama Allah. Sampai Agnes Monica pun nyanyi "Allah Yesusku"~

13) Bila dah berjuta-juta murtad, maka akan berlakulah peperangan sepertimana yang berlaku di Indonesia. Kanak-kanak disembelih, ibu ibu dirogol, para mujahid dipenggal kepalanya. Sekarang ni pun dah cecah angka juta umat Islam Malaysia ni murtad menjadi Syiah dan Kristian. Berapa ramai lagi yang korang nak murtadkan wahai kaum Wahhabi Al-Freemasonariy?

14) Golongan Freemason tahu umat Melayu ni lemah lembut dan susah nak bagi mereka berperang. Tak macam negara arab yang berdarah panas, mereka letak seorang ejen mereka sebagai speaker yang pandai cakap dan semarakkan api fitnah antara kerajaan dan pembangkang je dah cukup untuk wujudkan "arab spring" yang telah menyebabkan ramai muslim mati masuk neraka straight kerana saling berbunuhan sesama muslim. Di Malaysia ni,Freemason dah letak raaamai ejennya sebagai speaker pemecah belah umat. Walaupun ejen-ejen Dajjal laknatullah ni berjaya buat sesama PENYOKONG pembangkang dan PENYOKONG kerajaan bergaduh teruk sampai kafir mengkafirkan, tak mahu datang kenduri, tak mahu solat di masjid lain idealogi dsbgnya. Tapi Dajjal masih tak berjaya membuatkan rakyat Malaysia saling menumpahkan darah. Jadi mereka guna taktik "lembut" iaitu dengan memurtadkan umat Islam Malaysia secara besar-besaran.

15) Ada golongan yang sokong Kristian guna kalimah Allah ni kononnya untuk tunjukkan "islam itu mudah" dan indah dan ntah apa lagi dengan harapan mereka akan masuk Islam sebab sikap toleransi Islam. Tapi apakah mereka lupa bahawa Allah telah berfirman bahawa kaum Yahudi dan Kristian tak akan redha kepada muslim sampailah muslim murtad menjadi seperti mereka? Apakah patut kita lupakan amaran Allah hanya kerana "pendapat" manusia biasa yang gelar diri "ulama" di akhir zaman ni?

16) Sudah 5 tahun lebih saya tinggal di negara Kristian kat Afrika ni yang majoriti penduduknya Kristian (90% Kristian) dari lebih 50 juta rakyatnya. TAPI mereka tak guna nama ALLAH pun? Tak pernah timbul isu nak pakai nama ALLAH pun? Mereka dari dulu sampai sekarang pakai istilah "god" atau "lord" je pun? Samada bahasa English, Zulu, Afrikaan, Khosa, Swahili dan lain-lain bahasa Afrika kat sini, tak ada satu pun yang pakai nama ALLAH dalam bible mereka. Jadi APAKEJADAHNYA kristian kat negara Malaysia yang majoriti beragama Islam ni sibuk nak pakai nama ALLAH ni? Dan kenapa ada umat "Islam" yang menyokong? Punyalah jelas konspirasi diorang, tapi masih sokong? Ataupun umat "islam" yang sokong tu juga sebahagian daripada ahli konspirasi Freemason yang ditugaskan Dajjal untuk menyokong supaya dapat raih simpati rakyat Malaysia beragama Islam membenarkan penggunaan kalimah tu pada orang Kristian?

Note: Tolong ketepikan soal parti politik dan cuma baca ia dengan mata kebenaran dan kerisauan terhadap keadaan umat semata-mata. Bila saya keluarkan kenyataan yang penggunaan kalimah Allah patut diharamkan ke atas orang kristian, nanti ada lah mangkuk hayun yang bodoh2 fitnah saya ni macai umno lah apa lah. Tolong jangan politikkan kenyataan saya. Matang sikit ye, jangan jadi beruk.

Dinar, Dirham dan DAJJAL

Assalamualaikum semua umat Islam...

Kita tahu kita berada di zaman Dajjal...

Zaman di mana ramai yang murtad tanpa sedar...

Zaman di mana dari 1000 orang, 999 akan ke neraka dan hanya 1 akan ke syurga...

Zaman di mana umat ISLAM sendiri akan berpecah kepada 73 golongan,semua 72 ke neraka dan 1 sahaja golongan ke syurga...

Zaman di mana ILMU akan diangkat Allah dengan MEMATIKAN ramai ulama HAQ (benar) dan hanya tinggal orang-orang bodoh yang memakai nama "ulama" atau "mufti" atau "doktor PHd" atau "tok guru" atau "ustaz" atau apa sahaja label "ilmuan" walaupun hakikatnya orang itu hanyalah seorang cikgu Geo, Pilot, atau tukang kebun...

Zaman di mana wanita berpakaian (tidak mahu dilihat) tapi telanjang (mahu dilihat) yang bertujuan menarik perhatian (menggoda) lelaki (berpakaian seksi untuk goda lelaki lemah iman)..tidak terkecuali golongan uploader gambar berniqab yang "berpakaian/menutup/berpurdah" (tidak mahu dilihat/malu dilihat kerana menutup badan dengan kain) tetapi "telanjang" (mahu dilihat/tidak malu dilihat kerana gambar "nangka berbalut" tu dipamer kepada jutaan lelaki bukan mahram kerana mahu "menggoda" lelaki-lelaki soleh kononnya mereka ayu dan solehah dan so-called "pemalu" sedangkan gambar-gambar itu boleh diprivate jika alasan di upload itu untuk tontonan kawan-kawan sejantina)...tidak ada bezanya antara kedua-dua situasi ini kerana kedua-duanya merupakan PENGGODA lelaki yang tidak cium bau syurga....

Zaman di mana zina berleluasa seperti ianya bukan lagi dosa... (Statistik anak haram dari orang Islam-Melayu adalah paling ramai di Malaysia,mencecah jutaan. Jika 1 juta anak haram lahir, bermakna ada 2 juta ahli zina menempah neraka)....

Zaman di mana muzik terlampau berleluasa sehingga dianggap bukan lagi dosa walau sebesar habuk dan juga dianggap HALAL ...seperti yang dikhabarkan dalam hadis sahih bahawa akan muncul golongan di akhir zaman yang menghalalkan zina,arak dan muzik....

Zaman di mana masjid-masjid tersergam indah tetapi kosong dari hidayah....zaman dulu punya masjid,atapnya pelepah tamar,lantainya pasir, tapi 24 jam sentiasa ada yang beramal di dalamnya macam kilang. Tapi zaman sekarang, masjid sangat hebat,mengalahkan istana Firaun, mengalahkan rumah Abu Jahal, mengalahkan istana-istana musuh-musuh Islam lainnya tapi hanya wujud solat berjemaah 5 waktu (itu pun tak sampai satu saf, ada masjid yang cuma hidup 3 waktu atau 2 waktu atau 1 waktu sahaja)...dan waktu lain dikunci....sebab tak ada yang nak buat amal,dan takut Mat Pit curi barang dalam masjid....

Zaman di mana Islam hanya tinggal nama...memang benar kata Nabi, Islam hanya tinggal nama sejak terciptanya IC, tertulis agama "Islam", tapi rukun iman rukun islam tak tahu....satu-satunya tanda Islam ialah bukti dalam IC dan nama yang "Islami"....

Zaman di mana generasi awal Islam (para Sahabat,para Tabiin,para Tabi' Tabiin) dicaci...contohnya seperti Syiah dan geng Anti-Hadis yang mengkafirkan para Sahabat Nabi dan seperti kebanyakan Wahabi/Salafi ekstrim yang menghina imam-imam mazhab (yang merupakan tabiin dan tabi' tabiin)...

Zaman di mana 3 masjid utama tidak lagi dikuasai orang Quraisy sebaliknya dikuasai Yahudi...itu telah terjadi di mana masjidil Aqsa dikuasai Yahudi Zionist yang kafir, masjid Nabawi dan masjidil haram pulak dikuasai oleh Bani Sa'ud (Saudi) yang berketurunan Yahudi tetapi beragama Islam-Wahhabi...

Zaman di mana berlaku peperangan hebat di Syam (Syria, Palestin, Lubnan)...

Zaman di mana berlaku peperangan di Khurasan (Afghanistan dan Iran)...

Zaman di mana berlaku peperangan di Al-Hind (India,Pakistan dan Bangladesh)...

Zaman di mana semua manusia akan dipaksa makan duit riba (wang fiat/wang kertas) seperti yang diramalkan Nabi....

Zaman dimana tidak ada lagi yang peduli hasilnya itu haram atau halal,makanan itu halal atau haram,semuanya tidak mahu diperiksa sebaliknya bergantung kepada khabar angin (tentang penghalalan sesuatu) semata-mata...

Zaman di mana...

Telah hampirnya kedatangan the biggest disciple of Lucifer iaitu Anti-Christ atau DAJJAL...........

Sekian lamanya saya telah berfikir bagaimana untuk DIRI SAYA dan ANAK ISTERI saya selamat daripada fitnah yang maha dahsyat ini...dimana Nabi telah beri amaran bahawa fitnah Dajjal ini merupakan sedahsyat-dahsyat fitnah umpama malam yang menimpa sesuatu kawasan,tidak akan ada kawasan yang cerah melainkan semuanya akan dilimpahkan kegelapan malam...

Maka saya kira saya tidak dapat lari daripada semua fitnah ini samada dari segi makanan,pendidikan,perubatan,kewangan dan lain-lain....

Tetapi setelah saya memohon pertolongan Allah dibantu dengan doa dan solat hajat bidadari saya penyokongku saat melawan fitnah...

Alhamdulillah beberapa fitnah Dajjal di dalam beberapa bidang dapat saya selamatkan diri walaupun tidak sempurna (semoga Allah ampunkan saya dan anak isteri akan ketidak sempurnaan ini,sesungguhnya kami telah CUBA BERUSAHA)...

Antara yang saya dan anak isteri saya lakukan adalah:

1) Boikot sistem pendidikan sekular terutamanya institusi kafir yang bercampur lelaki perempuan dengan mengadakan home schooling yang diajar Rasulullah. (Jangan risau dengan pendirian saya ini kononnya kalau semua boikot sekolah,macam mana umat nak so-called "maju" kerana saya dan anak isteri cuma BERTIGA sedangkan yang sudi melibatkan diri dalam sistem ini masih berbaki beberapa BILLION manusia yang saya kira cukup kot untuk so-called "majukan umat" lah sangat.)

2) Boikot sistem perubatan moden atau bahasa kasarnya perubatan DADAH dan diganti dengan perubatan herba yang diajar Rasulullah.

3) Boikot seboleh mungkin makanan-makanan syubhah yang bukan "makanan" seperti makanan ringan,makanan segera,bahan kimia yang memudaratkan dan diganti dengan makanan sebenar seperti daging,roti,nasi,buah buahan seperti yang dimakan oleh Rasulullah.

4) Boikot seboleh mungkin semua jenis hiburan haram dan semua jenis ejen penyebaran fitnah Dajjal seperti TV,muzik(termasuklah muzik yang kononnya nampak halal sebab "islamik"),movie (termasuklah movie/drama yang kononnya nampak halal sebab "islamik") dan diganti dengan tilawah Al-Quran seperti yang dialunkan Rasulullah sebagai penghibur hati dan hiburan terbaik...

5) Boikot dan melawan sekeras-kerasnya institusi Dajjal terbesar yang bertanggungjawab membawa 90% umat manusia ke neraka iaitu BANK (la'natullahi 'alaihim ajma'in syadid laknat, extremely curse be upon BANK institution, sakht la'nat hei bank ki uper bohot sakht la'nat) dengan menutup semua akaun bank kecuali satu akaun (untuk urusan transfer duit ke luar negara memandangkan saya ni homeless-traveler) dan itu pun digunakan dengan penuh berhati-hati, bila ada duit di masukkan, akan terus dikeluarkan serta merta kerana jika duit itu kekal di dalam akaun,ia akan digunakan oleh pihak bank laknatullahi 'alaihim ajmain untuk melakukan aktiviti riba mereka dan saya akan mendapat sahamnya dan anak isteri saya juga akan makan dari hasil yang syubhah...semua wang saya disimpan dalam bentuk aset sebenar iaitu EMAS dan wang yang diperlukan pula (memandangkan emas tidak digunakan sebagai duit pada zaman ini) saya akan simpan di dalam TABUNG HAJI yang bukan bank tetapi adalah tabung sejati. (Tetapi sayangnya tabung haji tak buat sistem ATM untuk kegunaan transfer luar negara,kalau tak, saya akan patahkan kad ATM bank saya dan guna Tabung Haji sahaja).

6) Boikot semua jenis pinjaman riba samada dalam bentuk pinjaman pelajaran,perniagaan,jual beli kereta dan rumah dan lain-lain dengan membeli semuanya CASH. Alhamdulillah Allah mudahkan hidup saya dengan pembiayaan zakat dari Afrika (zakat kat Malaysia tak iktiraf tempat belajar saya,jadi minta zakat tak dapat) untuk yuran belajar saya, cash money untuk beli motor dan kereta 2ND HAND saya yang cuma berharga RM6700 (RM5000 untuk kereta+RM1700 untuk motor) yang dibeli hasil dari bisnes saya, dan rumah yang disewa RM540 sebulan juga dibayar dengan hasil bisnes saya kerana tiada biasiswa yang saya terima,tiada juga zakat yang saya terima untuk bayar sewa. Jadi hidup kami bahagia je, tak ada hutang, tak ada riba, tempat berteduh ada, kereta motor ada, belajar pun free.  
 

Status ni akan jadi sangat panjang kalau saya detailkan semuanya...

Tapi basically,I hope u guys manage to get the ideas with the topic I'm talking about...

Ini adalah CARA SAYA (yang diambil dari cara Rasulullah) untuk melawan FITNAH DAJJAL....

Ianya praktikal dan terbukti berkesan PADA SAYA....

Walaupun banyak fitnah Dajjal Allah telah bagi taufik (kekuatan) kepada saya dan anak isteri untuk melawannya....

Tetapi siang malam hati saya tetap tidak tenang kerana risaukan nasib di akhirat yang bakal menimpa saya dan anak isteri saya kerana masih ada SATU fitnah Dajjal yang sangat beraaaaattttttt dan jelas keharamannya yang tidak dapat saya dan anak isteri saya lari.....

Iaitu penggunaan wang riba (wang fiat/wang kertas)!

Saya cuba selamatkan anak isteri saya dahulu dengan saya "HARAMKAN" anak isteri saya "sentuh" duit kertas ni...jadi hanya saya seorang sahaja yang menyimpan wang kertas di dalam poket saya dan menafkahi keluarga saya dengannya....dan saya seorang sahaja yang mempunyai akaun bank...

Bidadari saya langsung tak pegang wang kertas ini dan tidak pulak mempunyai akaun bank...semua makan minumnya saya tanggung dan semua keperluannya saya beli tanpa beliau perlu sentuh duit itu..

jadi isteri saya memang dikira "selamat" daripada memiliki walau SATU sen daripada wang kertas dan itu benar-benar hakikat bahawa beliau tidak mempunyai walau satu sen daripada wang kertas dalam simpanan beliau, wang mahar RM1000 yang saya pernah bagi masa kahwin dulu pun dah habis beliau sedekahkan dan ambil sedikit sahaja untuk beli keperluannya ke Afrika bersama saya....

Dan sejak saya ajarkan beliau tentang riba dan kaitannya dengan wang kertas, maka sejak kahwin sehingga ke hari ini beliau tidak pernah meminta belikan apa-apa walau sehelai stokin apatah lagi baju atau barang kemas kerana ingin memiminumkan penggunaan wang kertas dan juga meminimumkan penghisaban di hari hisab kelak....

Begitu juga anak saya yang masih baby,lagilah tidak mempunyai apa-apa...

Tapi sayangnya, kami masih "terpaksa" guna wang kertas tu kerana ia sememangnya "darurat" yang benar kerana sistem wang kertas riba yang dikenalkan Dajjal ni diiktiraf oleh orang-orang bodoh seluruh dunia, sehingga menyebabkan para ulama tiada pilihan lain melainkan terpaksa berfatwa "harus" kerana darurat menggunakan wang kertas ni....kerana ulama(orang berilmu) itu minoriti dan orang bodoh yang mengiktiraf sistem wang riba ini pula adalah majoriti...

Jika ulama bertegas mengharamkan penggunaan wang kertas (yang sememangnya haram) maka golongan minoriti ini tidak dapat berjual beli dan tidak dapat makan kerana hari ini,semua jual beli dan kewangan wajib melibatkan wang kertas....

Wang kertas yang asalnya disandarkan kepada nilai emas telah ditukar kepada wang kertas kosong yang disandarkan kepada riba semata-mata pada tahun 1971 oleh Amerika...

Jadi tak hairanlah beberapa murid kepada syeikh syeikhku (Syaikhul Hadis Maulana Zakariyya Al-khandahlawi) telah lari masuk hutan dan tinggal di sana pada era tahun 70-an dan 80-an dan makan hasil sendiri,ternak binatang sendiri,cucuk tanam sendiri kerana nak selamatkan diri daripada fitnah dajal yang sangat dahsyat ini....

Saya sendiri pada tahun 2010 pernah bertemu dengan salah seorang murid Maulana Zakariyya yang tinggal bersama keluarganya di hutan Afrika selama lebih 20 tahun dan hanya makan hasil sendiri kerana fitnah dahsyat yang tidak disedari ramai ini (fitnah-fitnah dajjal semuanya indah belaka,sebab tu ramai tak sedar dan terjebak dengannya,sebab tu juga nabi bagi amaran berkali-kali tentang kedahsyatan fitnah ni)...

Lari masuk ke hutan dan bukit bersama haiwan ternakan ni adalah perintah Nabi di dalam sebuah hadis riwayat Huzaifah Al-Yamani yang menceritakan tentang kedahsyatan fitnah akhir zaman yang mana tak ada siapa yang mampu selamat daripadanya kecuali jika mereka lari ke hutan atau bukit...

Tapi jika ini yang "didakwahkan" maka ramai yang akan melenting kerana mereka cintakan syurga Dajjal mereka atau ada juga golongan yang fikir "sape nak dakwah kalau semua masuk hutan"....

Jadi di atas sebab itu, "lari masuk hutan" tidak akan menjadi pilihan orang ramai samada ahli syurga Dajjal ataupun ahli dakwah....

Dan ia dilihat "tidak praktikal" oleh mereka walaupun ia arahan Nabi mereka sendiri (semoga Allah pelihara lidah saya daripada mengatakan arahan Nabi tidak praktikal atau tidak releven, Amin)....

Walaupun ada "pendakwah" yang marah kepada idea Nabi untuk "lari masuk hutan" ini kerana alasan "tak ada sape nak dakwah umat kalau semua masuk hutan" tapi saya sangat takjub dengan kehidupan "pendakwah" tu sendiri yang berenang indah dalam syurga Dajjal dan hanya meluangkan SIKIT sahaja masa untuk "dakwah" walaupun itulah KONONNYA alasan untuk mereka terus berada di dalam masyarakat....

Saya berusaha juga menjadi "pendakwah" yang belum lagi ambil keputusan untuk lari ke dalam hutan kerana mahu berusaha dulu "selamatkan" diri dan umat sekeliling...walaupun saya cuba berada di dalam masyarakat Dajjal dalam keadaan cuba untuk elak daripada terkena najis Dajjal...saya tetap tidak dapat elakkan diri daripada terkena najisnya...

kerana untuk selamatkan orang yang berada di dalam lautan najis, kita terpaksa terjun ke dalam lautan najis tu jugak....

Tetapi berbeza dengan orang yang memang suka dan gembira berenang dalam lautan najis Dajjal dan apabila diseru keluar, mereka beralasan "sape nak dakwah kalau semua lari keluar?". Alasan di mulut mereka indah umpama permata, tetapi kehidupan mereka? Setiap bulan keluar masuk bank untuk bayar loan riba rumah kereta,insuran dan lain-lain...

Jika benar ingin selamatkan umat, at least berusahalah sikit untuk minimumkan penggunaan sistem dajjal tu...

Jadi tidak dapat tidak kita (yang beralasan mahu terus kekal hidup dalam masyarakat dajjal) kena ada inisiatif sendiri untuk selamat daripada hal ni....

Sebab saya fikir sampai bila saya mampu "haramkan" anak isteri saya daripada menyentuh duit kertas?

Lambat laun mereka tetap terpaksa berurusan dengan taik dajjal ni...

Memang guna wang kertas itu "haram" yang diharuskan kerana "darurat" sepertimana babi dihalalkan kerana darurat...

Tapi mesti dengan kadar yang sederhana dan cukup-cukup makan...

Kemudian orang berhujah, jika semuanya cukup-cukup makan, tentulah ekonomi akan dikuasai orang bukan Islam kerana umat Islam hanya dibenarkan guna wang kertas dengan kadar yang "cukup makan" sahaja?

Atas sebab itu pula, sekali lagi para ulama mengharuskan wang kertas yang haram ni untuk digunakan secara maksima supaya umat Islam tidak ditindas dalam ekonomi (walaupun fatwa guna wang kertas harus secara maksima dikeluarkan, orang Melayu-Islam tetap paling mundur dalam ekonomi sebab kemalasan mereka sendiri dan sikap "semua-salah-kerajaan" sedangkan bangsa lain macam cina, India, kemboja, thailand, bangla dan lain-lain boleh berjaya hebat dalam ekonomi tanpa ditolong kerajaan langsung)....

Jadi secara fatwanya, wang kertas tu boleh digunakan...

Tapi disebabkan saya dan anak isteri saya mahu menjadi "special" di akhirat (semoga Allah terima) dan menjadi kebanggaan Rasulullah kerana at least "berusaha" untuk lawan sistem Dajjal semampu mungkin, maka kami berusaha sekeras mungkin untuk meminimumkan benda haram yang dihalalkan ni dan memilih jalan takwa....

Wang kertas kami guna sekadar cukup makan, selebihnya kami guna untuk tolong orang Islam terutamanya kat Afrika ni yang tak cukup makan....

Jadi saya pun buat bisnes untuk penuhkan keperluan saya, dan juga untuk bantu sesama muslim...

Jauh sekali untuk kemewahan (na'uzubillahi min zalik)...

Jika ada yang fitnah saya berbisnes untuk kemewahan, atau fikir saya ni gila duit, gila harta, guna agama untuk keuntungan dunia dan yang sewaktu dengannya maka hal ini akan saya adukan pada Rasulullah di mahsyar kelak!

Jadi tujuan saya cerita ni semua ialah untuk menjawab semua persoalan yang diajukan kepada saya berkenaan "bagaimana nak hidup di zaman Dajjal ini tanpa bermaksiat kepada Allah".....

saya tak mahu bagi jawapan yang "kosong" kerana nanti akan dikata cuma kata-kata kosong tapi tak mampu amal... 

Oleh sebab itu, saya berikan jawapan yang saya SENDIRI praktiskan kerana saya dan family saya juga manusia, kami bukan alien, jika kami mampu buat,saya yakin penanya juga mampu buat....

Jadi bagi yang risau juga akan kehidupan di zaman dajjal ini seperti saya dan bertanya kepada saya tentang ini, maka inilah jawapan saya kepada soalan kalian...

Bagi yang tak mampu ikut, dan tak nak ikut, dan fitnah pulak saya ni extrimist ke, orang bodoh ke, orang yang cuma tau menghukum ke, orang yang riak dok cerita amalan sendiri ke...

Sesungguhnya setiap inci dari kehidupanku DEMI ALLAH tak ada kaitan dengan korang...

Oleh sebab itu secara rasminya saya katakan I DON'T GIVE A DAMN on whatever u people said....

Don't waste your time on argument with me because it just an another announcement to the public about your own stupidity...

...Selesai...

Untuk persoalan yang saya ingin bincangkan sesama followers yang ikhlas berjuang melawan sistem Dajjal di dalam status ini ialah...

Apakah cara yang paling terbaik untuk kita bermuamalat tanpa (atau guna seminimum mungkin) menggunakan wang kertas?

Ada yang syorkan pakai dinar dan dirham macam zaman Nabi...

Tapi macam mana nak jadikan benda tu pratikal?

Tak kan nak beli air soya yang bernilai RM2 dengan bayaran 1 dinar emas yang berharga RM700 lebih kot?

1 dinar mungkin boleh bayar seekor kambing...

Tapi 1 dinar tak boleh bayar sebiji gula-gula kerana penjual perlu pulangkan baki beratus-ratus ringgit...

Boleh guna,tapi tak praktikal...

Apa yang saya belajar, di zaman pemerintahan Islam dulu, untuk jual beli benda kecik-kecik ni, mereka gunakan "fulus" iaitu logam campuran ala-ala duit syiling zaman sekarang...

Untuk jual beli besar-besar, mereka guna dinar dan dirham....

So macam mana kita nak praktiskan benda ni dalam kehidupan sekarang?

Maybe we can create a community yang jual beli pakai dinar dan dirham dan "fulus"?

Jadi ini tujuan sebenar status panjang ini ditulis...

dengan harapan kita dapat sama-sama bincang cara untuk kembalikan penggunaan dinar dan dirham seperti di zaman Rasulullah.....

Bismillah...

Note: Tolong jangan komen benda tak berkaitan seperti politik, hukum niqab, hukum main game Dota, hukum tengok cerita Shin Chan, hukum dengar lagu maher zain, hukum main snooker, hukum berak di tandas rumah kawan, hukum main mesin tikam, hukum hukum hukum hakam itu ini...

Hanya komen "perbincangan" untuk persoalan terakhir yang saya timbulkan sahaja dihalalkan ditulis di ruangan komen STATUS INI untuk mengelakkan trafik komen yang sia-sia dan sampah semata-mata....