Manusia akan bermusuh dengan apa yang mereka jahil, dan manusia akan memaksa orang lain untuk menyatakan sesuatu itu salah hanya kerana dia jahil bahawa ianya benar dan tidak mempelajari dalilnya. Orang lain tak belajar dalil, orang yang belajar dalil pula disalahkan. Kemudian yang tidak mengetahui dalil mencela yang mengetahui dalil dan apabila dicela kembali mereka kembali menjawab "apa salahnya aku bertanya dalil?".
Apabila kita bertanya dalil tanpa adab, ia sama seperti seseorang yang: "aku tahu semua dalil dalam dunia ni, tapi yang dia nyatakan ni aku tak tahu apa dalilnya, oleh sebab itu aku syak dia menyebarkan perkara palsu kerana apa yang dia nyatakan itu tidak pernah dipelajari aku, maka aku akan mengugutnya agar berikan aku dalil dengan tidak beradab agar dia takut pada masa hadapan dia tak akan lakukan lagi perkara ini."
Padahal masalahnya itu adalah dirinya, dia merasakan dirinya sudah mengetahui seluruh ilmu dalil sehingga dia layak untuk bertanya dengan bongkak "apa dalilnya!?" seolah-olah dia tahu semua kitab dan dari mana semua dalil di ambil. Jadi apabila seseorang itu tidak tahu apa dalilnya, dia harus tawadhuk dan bertanya baik baik dan nyatakan bahawa dirinya masih jahil dalam hal ini, dan mohon ajarkan aku.
Oleh sebab itu saya tak layan soalan dalil, maaf. Ilmu itu didatangi, bukan mendatangi. Saya bersahabat dengan khadim ilmu, bukan dengan orang yang sombong dengan ilmu.
Atas sebab itu para makaatib dan musannif membahagikan kitab-kitab tulisan mereka kepada beberapa bahagian iaitu matan (kitab tanpa dalil), syarah (kitab berserta dalil) dan hasyiah (nota nota kaki yang penting selain dalil). Ulama hanya mengajarkan "matan" kepada orang awam kerana itulah level orang awam dan sekiranya mereka nak lebih, mereka perlu tawadhuk kan diri dan pergi menjadi tolabhul ilmu (pelajar agama), bertemu ulama, dan ngaji kitab "syarah". Itulah tertibnya. Tertib yang digunakan selama ribuan tahun oleh ulama.
Contohnya ketika kita belajar agama di sekolah sekolah, kita akan diajar buku teks yang bersifat "matan" (tanpa dalil), kita diajar rukun solat, perkara batalkan solat dan sebagainya TANPA DALIL ! Dan itu bukan bermakna pengarang "matan" itu BODOH TENTANG DALIL ATAU BERCAKAP TANPA DALIL. Bila dah habis sekolah, baru kita masuk U dan belajar bidang agama tu secara khusus, disitulah kita pelajari "syarah". Maka adalah menyalahi adab dan sangat biadap apabila seseorang yang belajar "matan" melenting mahukan dalil sedangkan levelnya hanyalah level awam yang hanya belajar "matan".
Bukanlah kita marah apabila dalil diminta, cuma kita tak layan je orang yang suka "potong que" ni, sebab kalau semua "peminta dalil" dilayan, mereka akan bertambah sombong dan bongkak dan menunggu "spoon feeding" hanya bermodalkan ayat "apa dalil?". Itu menyebabkan mereka MALAS BELAJAR sehingga semuanya perlu "disuap".
Contohnya seseorang yang bongkak mempersoalkan "Apa dalil sentuhan lelaki dan wanita itu membatalkan wudhu?". Secara teknikalnya, semua yang mempelajari ilmu agama secara berdisiplin PASTI AKAN TAHU APA DALILNYA kerana ia antara ilmu yang PALING ASAS untuk mereka ketahui. Tetapi si "peminta dalil" tadi tu tak belajar dan tak mahu belajar dan bongkak bertanya apa dalilnya seolah olah fatwa itu TIDAK BERDALIL. Sungguh ini sangat menyalahi adab ilmu dan ulama. Orang orang seperti inilah tak patut dilayan.
Sama macam hal : "Tidaklah alam ini dicipta jika bukan kerana muhammad." Kalam itu teramatlah mahsyur bagi pelajar agama khasnya pelajar hadis, untuk seseorang pelajar agama tidak mengetahui dalil dari kalam itu merupakan sesuatu yang SANGAT AIB kerana ia merupakan ilmu yang sangat ASAS. Tiba-tiba "ilmu asas" itu diserang dengan sombong oleh seseorang tanpa adab seolah-olah ianya kalam batil yang tidak pernah didengari selama ni.
Oleh sebab itu Allah berfirman: "Apakah sama seseorang yang berilmu dengan tidak berilmu?"
#UIB
No comments:
Post a Comment