Apa hukum kita berSMS dengan perempuan yang bukan mahram dengan tujuan untuk berkenalan atau sebagai kawan?
Hukumnya haram, tapi kalau nak berkenalan (taaruf) untuk nikah maka harus, tapi hanya harus untuk TAARUF sahaja seperti tanya nama, status, tempat tinggal, dan benda benda penting, kemudian dia kena contact wali perempuan tu terus.. Kalau lebih dari tu, haram..
Tapi untuk perempuan yang SMS tanya soalan pada ulama muktakbar, hukumnya harus.. Tapi hanya soalan agama sahaja yang harus.. Kalau merepek lebih lebih tu jatuh hukum haram..
(walaupun ada ulama yang berpendapat ia dihukumi makhruh selagi tak timbulkan syahwat, tapi kita tak terima fatwa tu sebab ia buka jalan fitnah lagi lagi zaman sekarang)
Lagi satu, kena bagitau dulu kat dia yang kita nak taaruf sebab nak kahwin.. Kalau tak bagitau, tak boleh laa.. Kena tanya dulu nak taaruf untuk nak kawin.. Kalau perempuan setuju ditaaruf, baru dia teruskan taaruf.
Tapi ni semua melanggari sunnah nabi.. Taaruf yang diajar nabi ialah si lelaki terus berjumpa dengan walinya dan taaruf depan walinya..
Nikah mut'ah : Nikah kontrak, contohnya "aku nikahkan dikau dengan minah binti peot selama 3 hari bemaharkan rm20".. Nikah seperti ini haram, dan hanya diamalkan oleh agama kafir syiah..
Nikah khitbah : Khitbah tu maksudnya tunang, takde pon istilah nikah khitbah ni dalam mana mana kitab, ia cuma istilah yang dicipta oleh budak budak usrah yang memulakan budaya nikah gantung untuk elakkan zina.. Nikah gantung ni ialah nikah macam biasa, tapi tak tinggal sekali atau si laki belum beri nafkah kepada isterinya mengikut persetujuan kedua pihak disebabkan masih belajar dan sebagainya..
#UIBO
No comments:
Post a Comment