Friday, November 2, 2018

ani Junubi Africa kata Nabi saw sayang sama Yahudi sbb baginda saw doa utk hidayat pada mereka tapi benci cara hidup mereka. UMAT hari ni terbalik kot Benci Yahudi laknat Yahudi tapi Cinta dgn cara hidup Yahudi. Khuruj perbaiki diri di jalan Allah.
Bayan oleh Mufti Lutfi (indonesia) tentang qunut nazilah..
Katanya, Umat Islam dari dulu lagi baca qunut nazilah tiap kali umat Islam ditindas, dibunuh dan diseksa.. marah betul dengan yahudi. Qunut nazilah nak hancurkan musuh Islam, nak hancurkan yahudi kononnya. Tapi sampai sekarang Allah SWT masih tak izinkan dan puak yahudi tak hancur2 lagi dan masih lagi membunuh orang Islam di Palestin.

Mana silapnya?
Kenapa umat Islam masih susah nak dapat bantuan dari Allah sepertimana zaman Nabi dan para sahabat dulu? Yang sebenarnya kita tak dapat bantuan dari Allah sebab kita tak buat kerja yang jadi sebab dapat bantuan dan Rahmat Allah. Kita tak mulia dan jadi hina. Sebab kita tak buat kerja yang jadi sebab dapat mulia dan tidak hina.

Orang puak yahudi tak takut kalau kita lebih ramai dari mereka walaupun dengan jumlah yang berlipat kali ganda. Tapi puak yahudi ni takut bila mana semua orang Islam solat Subuh berjemaah di Masjid @ surau sama ramai macam mana solat Jumaat. Macam mana nak dapat bantuan Allah kalau umat Islam (lelaki) masih belum berhubung dengan masjid? Tidak berjemaah di masjid? Meninggalkan amal amal masjid? Sehinggakan kadang solat subuh pun terpaksa diqada'kan atau lebih sedih lagi ditinggal terus !

Macam mana nak dapat bantuan Allah kalau amal agama yg paling basic pun sudah gagal. Awas, kita tidak akan terlepas dari pertanyaan Allah, apa yg kita lakukan terhadap agamaNya. Disaat agama disiat-siat oleh umat Islam sendiri. Takkan nak jawab, sekurang-kurangnya saya dah doa dah. Saya dah salur bantuan ke tabung Gaza saya ambil peduli juga soal umat Islam.

"Sekurang-kurangnya" kamu cakap?

Saudara.

Sebenarnya terdapat perbezaan antara BANTU UMAT ISLAM dan BANTU ISLAM. Kamu beri sumbangan dan bantuan kepada umat Islam di Gaza, kamu baru bantu umat ISLAM, belum bantu ISLAM. Kamu beri sedekah dan bantuan pada pelajar-pelajar agama di Madrasah , kamu baru bantu umat Islam, kamu belum bantu agama Islam. Bantu umat Islam, orang kafir pun boleh buat. Ronaldo sanggup jual kasut emasnya semata-mata mahu bantu umat Islam di Palestin tapi dia belum membantu agama Islam.

Bagaimana nak bantu agama Islam?
USAHA ATAS IMAN YANG SOHEH dan USAHA ATAS AMAL YANG SOLEH.
Untuk diri sendiri dan juga orang lain.
Itu baru dinamakan, KITA TELAH BANTU AGAMA ISLAM.

Usahakan bagaimana suasana Iman di zaman para sahabat r.hum dapat kembali lagi.
Barulah bantuan Allah akan bersama kita. In shaa Allah

No comments:

Post a Comment