Kebelakangan ni, kita lihat umat Islam semakin biadab dengan ulama, ilmu agama bahkan kepada agama sendiri.
Setiap kali saya terlihat tulisan-tulisan yang menghina ulama atau institusi ulama, terasa bergetar satu badan.
Sedangkan agama ini wujud hasil dari titisan darah dan air mata Rasulullah...
Baginda berusaha dengan penuh tangisan untuk sebarkan cinta sesama muslim. Nabi mengajarkan kita untuk muliakan ulama, hormat yang tua, sayang yang muda.
Tapi hari ini, agama yang dibawa Rasulullah itu dicarik-carik, dikoyak-koyak, dipijak-pijak oleh penganutnya sendiri sambil masing-masing mendabik dada mengaku dialah pejuang agama yang paling mengamalkan sunnah.
Tidak bernilaikah air mata dan darah Rasulullah di hati kalian?
Tidakkah kalian punya kelembutan hati walau sedikit?
Tidakkah kalian terfikir yang baginda akan menangis teresak-esak dengan keadaan ini?
Mengapa kalian membenci kaum muslimin dan para ulama yang tidak mengikuti jemaah/persatuan/usrah dakwah kalian sedangkan kalian redha dan tiada apa-apa perasaan terhadap penyembah berhala dan orang kafir?
Sesungguhnya agama ini adab, dan tanpa adab, tiadalah agama. Walau ilmu setinggi gunung, walau fakir kerana seluruh harta diberi, walau ke hujung dunia keluar berdakwah, walau berzikir hingga dituduh gila.
Tapi jika semua itu membuatkan kita sombong, tiada adab pada ulama, tiada cinta pada kaum muslimin tanpa mengira jemaah. Maka hakikatnya orang-orang itu semua sangatlah jauh dari agama yang dibawa Rasulullah.
Sepertimana Iblis yang asalnya dialah paling alim, paling soleh, paling banyak pengorbanan, akhirnya dilaknat sampai kiamat hanya kerana biadap dan sombong.
Hari ini, dengan begitu mudah kita menuduh ulama yang tidak sealiran/tidak sejemaah sebagai penyembah kubur, ahli bidaah, kufur, kafir, musyrik, tak buat dakwah, tak faham agama, tak dapat hidayah, tak cinta sunnah, cinta dunia, gila dunia, ulama cari makan dan sebagainya...
Sedangkan tidak sesaat pun kita dihidupkan ke dunia ini oleh Allah untuk menjaga amal-amal orang lain!
Tapi kita dihidupkan untuk kita jaga diri kita sendiri dari azab Allah.
Ada orang yang tak mahu duduk dalam majlis ilmu dengan alasan ustaz yang mengajar tak ada janggut (tak amalkan sunnah).
Sedangkan kita tak akan ditanya Allah kenapa ustaz yang mengajar di tempat kita tu tak simpan janggut. Itu soalan Allah pada ustaz tu, bukan PADA KITA.
Tapi kita pulak pasti ditanya Allah kenapa kita bersangka buruk pada ulama, kenapa kita mencela ulama, kenapa kita meninggalkan majlis ilmu, kenapa kita tidak muliakan ulama, kenapa kita membenci ulama, kenapa kita tidak jalankan haq ulama dan macam-macam lagi akan disoal Allah.
Sama jugak seperti ahli maksiat, kita mengutuk, membenci dan mencela mereka kerana maksiat mereka. Sedangkan kita tidak akan ditanya kenapa mereka buat maksiat.
Tapi kita akan ditanya Allah kenapa kita mengutuk, mengumpat, mencela ahli maksiat tersebut.
Kezaliman orang lain pada kita bukanlah tanggungjawab kita, kezaliman kita pada orang lain itulah adalah tanggungjawab kita dan kita akan dibalas setimpal dengan kezaliman kita.
Jangan fikir kita alim, kita soleh, kita ahli dakwah, kita ahli zikir, kita ahli masjid maka kita boleh cela insan lain yang tidak seperti kita.
Kita hanya boleh cela dan benci maksiatnya sahaja, bukan pelakunya.
Rasulullah cinta dan kasih pada umat ini, walaupun mereka kafir.
Inilah SUNNAH yang ditinggalkan oleh hampir semua yang mengaku sebagai "pejuang sunnah".
Demi Allah, baginda menangis kerana ini....
Demi Allah hati ini rasa seperti akan meletup kerana terlampau rindukan baginda....
Note: Tak sabar nak pergi umrah bulan Mei ni, rindu nak berjumpa Rasulullah, rindu nak bercakap-cakap dengan Nabi, rindu nak mengadu hal umat di tepi kubur baginda, rindu nak ungkapkan kerinduan pada kekasih awal akhir. Semoga Allah terima saya dan para jemaah yang mengikuti saya sebagai tetamuNya tahun ini InsyaAllah.
Teringat masa kali pertama saya ziarah kubur Nabi, sambil menangismacam budak-budak saya cakap:
"Ya Rasulullah,
Wahai kekasih,
Wahai yang mengalirkan air mata untuk saya,
wahai yang alirkan darah untuk saya....
saya datang ni......
saya datang ni....
saya datang ziarah tuan ni....."
Rindu yang teramat sangat keadaan tu.... cry emoticon
Harap dipilih Allah lagi untuk pergi umrah tahun ni...
No comments:
Post a Comment