Friday, November 2, 2018

Serban Nabi VS Kain penutup kepala Firaun

Dari dulu sampai sekarang saya sering terfikir...

Kenapa ye,para ulama wahabi di arab saudi kononnya sangat "memperjuangkan" sunnah tetapi mereka tidak pernah memakai serban seperti Nabi kita? 

Di dalam kitab syamail tirmizi syarahan ra'isul muhaddisin fil hind maulana zakariyya rahimahullah ada sebuah riwayat dari ibnu umar yang ditanya adakah memakai serban itu sunnah? jawab ibnu umar ya ianya sunnah..dan maulana zakariyya juga menyatakan amalan memakai serban merupakan "sunnah daiman" iaitu amalan sunnah yang sering / berterusan diamalkan Nabi...

Jadi saya berasa sangat takjub dengan para pemuka Wahabi di saudi bermati-matian membidaahkan sana sini dan seru kepada sunnah tetapi tidak seorang pun di kalangan mereka yang amalkan "sunnah daiman" ini...

Yang lebih takjub!

Mengapa mereka gantikan serban ajaran Nabi kepada kain yang dibentangkan dan menutup kepala lalu diikat dengan tali unta di kepala mereka dan menyebabkan kain di kepala mereka tergantung lebar seperti penutup kepala FIRAUN?

Kenapa ye?

Note: bahkan di malaysia ni,saya tidak pernah berjumpa dengan seorang pun ustaz yang mengaku diri "salafi" memakai serban seperti Nabi samada Dr.Maza ke, Fathul Bari ke, Juanda jaya ke, Rasul Dahri ke....kenapa diorang "elergi" sangat dengan serban ye? Ini bukan provokasi kepada kaum Wahabi, tapi persoalan yang saya tak habis fikir kenapa dan kenapa?

#UIBO

No comments:

Post a Comment