Assalamualaikum. :)
Admin nak tanyalah kepada para muslimah niqabis yang selalu dok upload gambar-gambar yang dok bergaya, berposing manja-manja sakan, buat gaya ala-ala 'kiut'(comel) lah pelbagai sambil dok buat jari 'peace' tu semua. Siap bagi kamera tu fokus dekat dengan mata anda untuk menunjukkan anda punya 'kemisterian' untuk memberikan para kaum lelaki untuk berfikir('siapalah hamba Allah ini disebalik mata yang menawan ini') di Facebook ni.
Adakah kalian wahai para muslimah yang berniqab, memakai niqab untuk menutup ruang-ruang fitnah, atau sebaliknya? Terutama sekali di akhir zaman ini yang memang terlampau banyak sangat fitnahnya.
Adakah kalian wahai para muslimah yang berniqab, memakai niqab(untuk menutup aurat) disebabkan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk menutup aurat anda dan menjaga maruah diri anda, atau sebaliknya?
Adakah kalian wahai para muslimah yang berniqab, memakai niqab hanya disebabkan 'trend' terkini, fesyen terkini, untuk bergaya atau untuk menunjukkan kepada orang ramai dan dunia bahawa anda kelihatan cantik,menarik dan lawa dalam memakai niqab? Itu menunjuk namanya dan bukan niat yang sebenar dalam memakai niqab.
Adakah kalian wahai para muslimah yang berniqab, memakai niqab dan kemudian meng'upload' gambar-gambar niqab anda di Facebook untuk dijadikan sebagai 'DP'(Default Picture) dan kemudian dijadikan satu album penuh mengenai gaya anda atau sahabat-sahabat anda berposing dan bergaya dengan buat gaya-gaya yang comel yang pelbagai, kemudian di tunjukkan kepada seluruh warga Facebook hanya untuk meraih LIKE, FRIENDS dan FOLLOWER yang ramai dan banyak? Adakah anda terdesakkan sangat LIKE, FRIENDS dan FOLLOWER yang banyak di Facebook?
Adakah kalian wahai para muslimah yang berniqab, memakai niqab dan kemudian meng'upload' gambar di Facebook hanya untuk menunjukkan bahawa anda adalah seorang muslimah yang baik, yang alim, yang solehah, yang beriman, yang bertakwa, yang sesuai untuk dijadikan isteri yang baik dan elok serta yang seumpama dengannya? Muslimah yang berniqab(atau yang tidak berniqab) yang baik, yang alim, yang beriman, yang bertakwa dan yang solehah tidak akan sesekali merendahkan martabat dirinya untuk dipertontonkan atau mempertontonkan dirinya yang mulia dihadapan orang ramai dan lelaki yang bukan mahram baginya.
Admin bukanlah mahu merendah-rendahkan martabat kalian wahai para wanita dan para niqabis. Tetapi anda bukannya jahil dan bukannya tiada akal untuk berfikir bahawa diri anda bukannya untuk dipertontonkan sewenang-wenangnya kepada orang ramai. Telah banyak berlakunya fitnah di akhir zaman ini. Eloklah di "DELETE" segala gambar-gambar anda(para niqabis mahupun bukan niqabis) di Facebook dan juga di internet sebelum timbulnya fitnah kepada diri anda.
#Copy
No comments:
Post a Comment