Friday, November 2, 2018

Mahram, muhrim dan muharam..

~Soal jawab tentang mahram muhrim muharram(???) bersama Mr.Ibn Batoota Owsem~

Soalan: apa itu MAHRAM?Jawapan:MAHRAM ialah sejenis makhluk bernama insan yang BERLAINAN JANTINAYANG HARAM DIKAHWINI...

Soalan:"kawan perempuan tu kira mahram lah,sebab kita kanharam kawen sesama perempuan..."..betul ke ni?mohon torch light kasi cerah..Jawapan: Ada ke perempuan yang halal dikahwini sesamaperempuan?Jadi istilah "haram dikahwini" tu tentulah utkJANTINA BERLAINAN sebab adanya kemungkinan halal nikahdengan haram nikah..sedangkan untuk sesama perempuan,takperlu lagi nak cakap mereka tu "haram dikahwini" sebab oranggila je yang nak kawen sesama jantina.

Soalan: Siapa mahram kita?Jawapan: tentulah encik SUAMI korang dan para LELAKI yang HARAM dikahwini sepertibapak,atok kandung(bapak kandung kpd ibu atauayah),abang,adik lelaki,pakcik kandung(adik beradik ibu ataubapa),bapak susuan,abang susuan,adik lelaki susuan,atoksusuan,pakcik susuan,anak saudara lelaki,bapak mertua,atokmertua,moyang mertua,cucu lelaki,menantu lelaki,anak tirilelaki,bapak tiri dll,korang pikir la sendiri.

Soalan: bapak angkat boleh jadi mahram tak kepada anak angkatperempuan dia sebab bapak tu dah jaga anak perempuan tu sejakbayi?Jawapan: bapak tu angkat julang anak pmpuan tu sampai langit ketujuh pun tetap tak mahram dan tetap haram dilihat auratnyadan haram disentuh selepas pmpuan tu baligh.Kalau nak dia jadi mahram,masa perempuan tu baby,bagi dia minum susu bini kepada si bapak tu,so dia jadi anak susuan kepada bapak tu,jadilah mahram dengan bapak angkatnya yang naik pangkat jadi bapak susuan.Selesai~

Soalan: apa beza mahram dengan muhrim?Jawapan: muhrim tu "orang yang(dalam keadaan)berihram",mahram plak "orang yang haram dikahwini".Muhrimlangsung tak de kaitan dengan mahram,sebesar kuman pun tak dekaitan.So jangan la sebut muhrim untuk istilah mahram...kesian kat mahram tu...kang dia merajuk nanti...

Soalan: Muharram pulak apa?Jawapan: Itu nama bulan pertama ikut kalender Islam la.....lagi la sebesar zarah pun tak de kaitan dengan mahram atau muhrim... =.="

#UIBO

No comments:

Post a Comment